More

    Aku Masih Belum Merdeka

    hari kemerdekaan
    Selamat menyambut hari merdeka yang ke 56

    Aku masih belum merdeka. Di saat negara kita menyambut hari merdeka, insan kerdil ini masih belum merdeka.

    Besok tanggal 31 Ogos. Seluruh negara bercuti dan meraikan hari ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 56.

    Dari awal minggu ini pun aku dah lihat mood merdeka dah ada. Dah ada kenderaan awam serta peribadi yang dah mula memacak bendera di kenderaan masing-masing. Walaupun suasana ini tidak semeriah dahulu tetapi aku dah dapat rasakan mood itu.

    Jalan di sekitar Dataran Merdeka di tengah kotaraya menjadi sesak disepanjang minggu ini. Ini disebabkan latihan raptai oleh peserta-peserta pakaian seragam yang bakal membuat raptai semasa sambutan hari kemerdekaan besok.

    Semangat merdeka sekarang ini aku rasa amat berlainan daripada semangat merdeka yang dirasai oleh orang-orang dahulu yang hidup sewaktu negara kita diisytiharkan merdeka.

    Sekarang semangat merdeka yang dulu itu cuba kita kekalkan. Cuma semangat merdeka alaf baru kita cuba terapkan.

    Banyak semangat merdeka yang kita kena terapkan. Kita harus merdeka minda negatif, merdeka kemiskinan, merdeka akhlak negatif, merdeka kejahilan, merdeka hutang dan lain-lain lagi perkara negatif.

    Aku masih belum merdeka…

    Aku masih belum merdeka hutang. Masih banyak hutang yang aku terpaksa bayar. Aku perlu berkerja keras untuk selesaikan hutang secepat mungkin.

    Jika tidak kerana hutang, sudah tentu aku hidup senang. Jika tidak kerana hutang, mungkin aku sudah bebas kewangan. Jika tidak kerana hutang, mungkin aku sudah menjadi hartawan. Jika tidak kerana hutang sudah tentu banyak hartanah yang telah aku kumpulkan seperti yang dikongsi oleh blog pendidikan hartanah abang Ensem.

    Buku Abang Ensem
    Salah satu buku tentang perniagaan hartanah oleh rakan aku Abang Ensem

    Hutang yang aku maksudkan ialah hutang aku untuk perkara-perkara yang kurang keutamaan. Hutang rumah dan hutang kereta aku anggap hutang jangka masa panjang.

    financial freedom
    Kebebasan kewangan ataupun bebas dari hutang tetapi mempunyai pendapatan pasif yang stabil menjadi sasaran jangkamasa sedehana aku

    Hutang dengan kawan-kawan dan juga keluarga masih ada yang belum berbayar. Hutang ini yang akan aku usahakan untuk dibayar dahulu. Hutang dengan pihak bank aku jadikan sebagai keutamaan kedua untuk diselesaikan. Aku kata SELESAIKAN, bukan tak bayar ansuran bulanan ya…

    Hutang-hutang ini menjadikan niat aku untuk mengerjakan ibadat haji tertangguh. Kerana hutang mempunyai keutamaan dahulu untuk dibayar sebelum mengerjakan ibadat haji.

    Alhamdulillah, 3 bulan lagi satu daripada kereta aku akan habis dibayar. Lepas tu akan ada lebihan tunai untuk aku lambakkan kepada hutang lain. ini akan mempercepatkan hutang tersebut diselesaikan.

    Aku masih belum merdeka hutang. Sasaran masa aku, sebelum umur 45 aku sudah bebas hutang. Kecuali hutang kereta dan rumah. Moga azam aku dipermudahkan.

    Kepada kawan-kawan dan keluarga, jika aku pergi dahulu, harap halalkanlah hutang aku. Ia akan menjadi sedeqah bagi kamu.

    Jika kamu ingin menuntut hak kamu, berjumpalah ahli keluarga terdekat aku untuk menuntutnya. InsyaAllah bekal yang aku tinggalkan cukup untuk membayar hutang-hutang kalian. Pelan takaful dan sedikit harta lain insyaAllah boleh menyelesaikannya.

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge