Al-Fatihah, Cukupkah Jika Hanya Ditaip Sahaja?

alfatihah untuk kematian

Gambar hiasan. Tidak berkaitan dengan yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia

Kita biasa menerima status di Facebook kita apabila ada sanak saudara, kenalan ataupun sahabat-sahabat kita ada yang meninggal dunia. Kebiasannya kita akan mengesyorkan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah untuk ditujukan kepada simati.

Kita digalakkan membaca Al-Fatihah dan menghadiahkan kepada si mati agar si mati mendapat pahala sedeqah kita tadi. Ini mungkin akan dapat meringankan bebannya di dalam kubur.

Jika kita melihat makna Al-Fatihah itu sendiri adalah satu doa yang amat menyeluruh. Amat besar FAdhilatnya membaca surah ini. Jika tidak masakan tidak ia dinamakan Ummul Kitab (Ibu Al-Quran). Surah Al-Fatihah juga dijadikan bacaan wajib dalam solat baik solat wajib maupun solat sunat. Tanpa bacaan A-Fatihah solat tidak sah.

Amalan ini iaitu menghebahkan kematian di dalam facebook dan menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada si mati saya lihat adalah satu amalan yang amat baik sekali. setidak-tidaknya ramai yang boleh membacakan Al-Fatihah kepada si mati tadi. Orang yang membacanya juga mendapat pahala, dan si mati juga mendapat pahala yang di sedeqahkan.

Namun persoalan saya di sini, adakah tulisan/taipan al-Fatihah di Facebook itu hanya ditulis sahaja ataupun ditulis dan dibaca samada dengan bersuara maupun di dalam hati sahaja.

Jika hanya tulisan/taipan sahaja saya rasa pahala itu tidak sampai kepada si mati. Si penulis juga tidak mendapat pahala saya rasa. Sebab tiada belaku apa-apa bacaan. Pahala baca Quran iaitu “1 huruf 10 kebaikan” pun tidak dapat.

Jadi, untuk ingatan kepada saya dan sahabat-sahabat pembaca semua, jika menaip perkataan Al-Fatihah itu, sebaiknya berteleku sejenak sambil membaca Al-Fatihah. Harapan kita, kita berdoa semoga pahala bacaan itu akan sampai kepada si mati dan doakan juga kepada Allah, apabila kita meninggal dunia nanti agar orang ramai akan mendoakan kebaikan untuk kita juga.

Wallahualam.

4 comments

  1. Blogger Babyface 18 February, 2014 at 09:30 Reply

    Ulama masih berbeza dan bercanggah pendapat samaada amalan sedekah macam sedekah ayat quran mahupun Al-Fatihah sampai atau tidak kepada si mati.

    ada yg cakap sampai. ada yg cakap tidak sampai.

    kalau dirujuk pada hadis2 sahih pun..tiada saranan atau amalan shabat r.a. yg sampai menyuruh bersedekah Al-Fatihah apabila berjumpa dgn kematian
    Blogger Babyface recently posted..Wordless Wednesday (Harga Komputer Tahun 80an)My Profile

    • sohoque 18 February, 2014 at 10:08 Reply

      Apabila ada perselisihan ulamak yg berlaku kita tidak kata yg satu pihak betul dAn satu pihak lg salah. Utk yg ilmu kurang spt kita (berbanding ulamak) kita pilihlah yg mana nak ikut berdasarkan keyakinan kita. Plg tidak yg membaca tu dpt pahala baca quran. Wallahua’lam

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: