More

    Alcatel Onetouch Flash Smartphone Khas Untuk Penggemar Selfie  

    Trend Selfie

    Selfie sudah menjadi semakin popular di kalangan anak muda sekarang. Ia sudah menjadi trend terkini dan semakin menular.

    Untuk selfie, kita perlu gunakan kamera hadapan smartphone kita. Di sinilah timbulnya sedikit masalah.

    Kebanyakan smartphone yang berada di pasaran ini mempunyai kamera hadapan yang agak kurang kualiti. Jadi gambar selfie yang diambil menggunakan kamera hadapan ini terpaksa diedit dengan menggunakan applikasi pihak ketiga untuk menghasilkan kualiti gambar yang menarik.

    Proses edit ini agak melecehkan dan memperlahankan aktiviti selfie.

    Alcatel Onetouch Flash

    Namun kini masalah ini tidak lagi menjadi satu halangan kepada penggemar selfie. Alcatel telah mengeluarkan satu smartphone yang khas untuk pencinta selfie.

    smartphone terbaik untuk selfie, Alcatel Onetouch Flash
    smartphone terbaik untuk selfie, Alcatael Onetouch Flash

    Alcatel Onetouch Flash. Dilancarkan pada Disember 2014, selfie smartphone ini telah pun berada di pasaran. Harganya memang berbaloi untuk dimiliki iaitu RM699.00.

    Aku dijemput ke majlis pelancaran tersebut dan telah mencuba sendiri selfie smartphone ini. Memang terbaik. Jelas image selfie yang terhasil.

    para pemenang lucky draw
    para pemenang cabutan bertuah

    Oh ya. Aku turut menang cabutan bertuah di majlis tersebut. Dah jadi rezeki aku hari tu.

    Spesifikasi Alcatel Onetouch Flash

    spec alcatel onetouch flash
    Alcatel Onetouch Flash mempunyai spec yang tinggi dengan harga yang rendah

    Berikut adalah ringkasan ciri-ciri ataupun spesifikasi (spec) smartphone untuk pencinta selfie ini:

    • 5MP HD untuk kamera hadapan, manakala  13MP Full HD untuk kamera belakang.
    • Skrin 5.5 inches HD dan Octa-core processor yang sebenar untuk permainan video dan tontonan video
    • Jangkamasa bateri yang lebih lama dengan 3200 mAh bateri – dapat bertahan lebih daripada satu hari untuk penggunaan yang sederhana. Tidak perlu bergantung sangat dengan powerbank.
    • Prestasi yang mengagumkan – lebih baik prestasinya daripada Xiaomi Redmi Note (berdasarkan Antutu Benchmark)

    Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh ke laman web Alcatel Onetouch Flash:

    alcatelonetouchflash.com/my

    Tentang Alcatel

    Jenama ini popular beberapa tahun yang lalu iaitu sebelum kemasukan smartphone daripada China. Muncul semula dengan ciri-ciri smartphone yang lebih mantap kebelakangan ini.

    Alcatel yang berasal daripada Perancis ini menjadi antara 10 jenama smartphone terlaris pada 2013 bersama-sama Samsung, Lenovo dan lain-lain. (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_best-selling_mobile_phones#2013_2 )

    Smartphone ini boleh dikatakan sebagai saingan utama kepada Xiaomi apabila ia dijual dengan harga yang berpatutan dengan ciri-ciri yang kuat seperti yang terdapat pada smartphone berjenama yang lebih mahal.

    Di luar negara Alcatel telah berkerjasama dengan jenama yang dipercayai seperti Orange dan Vodafone.

    Jenama ini juga diterima secara meluas di Eropah dan US.

    Kempen #BEaFlasher

    Sempena dengan pelancaran Alcatel Onetouch Flash ini, ia turut melancarkan kempen dengan hashtag #BEaFlasher.

    Kempen ini dibuat untuk pengguna menzahirkan perasaan mereka dengan cara selfie.

    dieng jawa tengah
    berselfie di puncak gunung di Dieng, Jawa Tengah

    Anda boleh mencari hashtag #BEaFlasher di media sosial seperti Instagram dan FB dan melihat ratusan gambar selfie pengguna yang menzahirkan perasaan mereka menerusi selfie.

    Jom dapatkan Alcatel Onetouch Flash! Anda pasti teruja dengan imej selfie yang terhasil!

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge