Hari Jumaatku… Mungkin Tak Sama Dengan Jumaat Orang Lain…!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua. Hari Jumaat ni aku selalu terasa lain macam. Bukan sebab malam tadi malam Jumaat ya.. (kalau ya pun takkan nak citer sini…). Tapi memang hari Jumaat ni dia ada aura tersendiri.

kelebihan-hari-jumaat

Kalau kat kampung aku (Kuala Terengganu), lagi terasa kalau hari Jumaat. Sebabnya kat sana hari Jumaat hari cuti hujung minggu. Jadi hari Jumaat dah boleh mula rehatkan badan dan fikiran. Mandi awal dan setkan minda untuk ke masjid bersolat Jumaat.

Cuma kat Kl ni disebabkan Jumaat masih hari berkerja maka “rasa” aura Jumaat tu mungkin agk kurang. Tapi ia tidak menghilangkan aura hari penghulu segala hari ni.

Aku pulak kalau hari Jumaat memang kebiasaannya aku berbaju melayu. Mungkin sebab itu kot aura hari Jumaat aku dah mula rasa seawal pagi lagi.

Hari Jumaat memang aku hadkan aktiviti perniagaan. Jarang aku buat temujanji dengan klien Unit Trust aku pada hari ini. Aku lebih banyak berehat sambil mencari bahan bacaan dan mengemaskinikan blog-blog aku.

Jadi waktu yang releks-releks ni boleh lah diselangselikan dengan solat sunat Dhuha dan membaca Surah Alkahfi. Pukul 12 tengahari dah boleh siap sedia pergi ke masjid. Bagusnya pergi masjid awal ni, antaranya boleh dapat parking kereta dekat dengan masjid. Hehehe..

Lepas tu aku akan minum or makan ringan-ringan kat restoran berhampiran or di perkarangan masjid. Kemudian baru masuk masjid. Masuk awal ke dalam masjid boleh duduk saf depan. Solat sunat dan baca Quran kejap sementara tunggu waktu solat Jumaat tiba.

amalan-hari-jumaat

Banyak amalan-amalan sunnah di hari Jumaat ni yang kita boleh buat sebenarnya. Atas kita nak tak tak jer. Daripada awal pagi hinggalah petangnya. Di petangnya nanti jangan lupa banyakkan berdoa. Ada satu waktu selepas Asar di hari Jumaat yang sangat afdhal untuk kita berdoa.

berdoa lepas asar di hari Jumaat amat digalakkan dalam Islam

berdoa lepas asar di hari Jumaat amat digalakkan dalam Islam

Untuk yang kerja macam aku ni boleh la kot buat amalan-amalan gini. Yang sibuk dengan meeting sana sini mungkin tak sempat. Ada la habuan pahala lain untuk diorang tu. Berkerja mencari rezeki yang halal untuk keluarga pun satu ibadah jugak.

Huh.. karang ada lak kata aku nak menunjuk ni. hahahha. Aku saja jer share aktiviti aku di hari Jumaat ya. Sesaja coretkan di sini. Tak der niat lain pun. Lagipun entri ni boleh aktifkan blog-blog aku. Sebab tulis ni pun bukan tulis kosong. Ada strategy SEO yang aku terapkan..

Hahahaha. Sekian. Wassalam. Selamat bersolat fardhu Jumaat bagi pri-pria di luar sana…

Jumu’ah mubarak…!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: