solat-tarawih-berjamaah

Amalan Bulan Ramadhan Yang Disarankan – Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalamnya terkandung hadiah berupa ganjaran pahala yang berlipatkali ganda daripada bulan-bulan yang lain. Di dalamnya terkandung keampunan Allah kepada hambaNya. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah SWT, niscaya diampuni dosa-dosanya telah lalu.” (Muttafaqun alaih).

Di dalamnya juga terkandung janji Allah untuk membebaskan hambaNya yang terpilih daripada api neraka.

Untuk mendapatkan janji-janji Allah tersebut, sayugia kita disarankan memaksimakan ibadah di bulan Ramadhan ini. Antara amalan bulan Ramadhan yang disarankan kepada kita (selain daripada berpiuasa) ialah:

1. Membaca Al Quran

tadarrus al quran.jpg

tadarrus al quran di bulan Ramadhan adalah sunnah nabi, oleh itu ia adalah amaln bulan Ramadhan yang amat disarankan

Kenapa aktiviti membaca Al Quran ini seharusnya menjadi aktiviti yang wajib di bulan Ramadhan?

Seperti yang kita sedia maklum ganjaran pahala di bulan Ramadhan adalah berlipat kali ganda. Malah Al Quran ini jika di baca di bulan biasa sekalipun pahalanya sudah terlalu banyak. Hadith:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Lagipun Al Quran ini diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Wajarlah kita memperbanyakkan bacaan Al Quran di bulan Ramadhan ini.

Ia adalah amalan sunnah. Rasulullah memperbanyakkan membaca Al Quran dan bertadarrus di bulan Ramadhan.

Ada hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, beliau berkata: “Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW membaca Al Quran semuanya, solat sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh, selain di bulan Ramadhan.” (HR Ahmad).

Satu lagi yang diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Ibnu Abbas R.A, disebutkan bahawa Rasulullah SAW melakukan tadarus Al Quran bersama Jibril A.S di setiap bulan Ramadhan.

Cubalah untuk khatam Al Quran sekurang-kurangnya sekali di dalam bulan Ramadhan. Ikuti tips untuk khatam Al Quran di bulan Ramadhan ini.

2. Melakukan solat sunat Terawih secara berjemaah.

solat sunat terawih.jpg

Solat sunat terawih adalah satu daripada amalan bulan Ramadhan yang amat disarankan

Solat sunat Terawih ini hanya disunatkan kita melakukannya hanya di bulan Ramadhan. Di bulan yang lain tiada solat sunat Terawih.

Solat sunat Terawih ini digalakkan kita melakukannya seara berjemaah. Ini kerana Rasulullah pernah melakukannya secara berjemaah seperti yang dinyatakan di dalam hadith ini:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau shalat di masjid, dan shalatlah beberapa orang bersama beliau. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi SWT mengerjakan shalat (di malam kedua), banyaklah orang yang shalat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya.

Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah SAW keluar dan melaksanakan shalatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah SAW hanya keluar untuk melaksanakan shalat Subuh. Tatkala selesai shalat Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum Muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, “Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah sama bagiku, aku merasa khawatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya.” Rasulullah SAW wafat dan kondisinya tetap seperti ini.

(HR al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA)

Jom rebut peluang untuk memperbanyakkan pahala dengan amalan sunnah ini.

Ada banyak lagi amalan bulan Ramadhan yang disarankan. Sila ikuti entri selepas ini. Aku dah penat menaip. Nak isi borang unit trust untuk klien pulak.

Sehingga bertemu lagi di entri sambungan di masa terdekat. Wassalam.

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: