ramadhan

Amalan Bulan Ramadhan Yang Disarankan – Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini adalah kesinambungan amalan bulan Ramadhan daripada entri INI.

Antara amalan yang disarankan kita untuk kita melakukannya di bulan Ramadhan ini selain daripada banyakkan bacaan Al Quran dan Solat Terawih ialah:

Memperbanyakkan sedekah

amalan bulan ramadhan -sedeqah.jpg

Amalan bulan Ramadhan – Banyakkan sedeqah

Seperti yang kita sedia maklum melakukan sedeqah pada bulan Ramadhan ini akan dilipat gandakan pahalanya. Jika kita berpeluang ke tanah suci Mekah pada bulan Ramadhan, kita boleh tengok ummat Islam yang mengerjakan ibadat umrah di sana akan berlumba-lumba memberikan makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa.

Sama juga halnya di merata-rata tempat. Amalan bulan Ramadhan yang satu ini akan menjadi semakin berleluasa. Ini disebabkan ianya adalah amalan Rasulullah. Membuatnya adalah melakukan amalan sunnah.

Rasulullah SAW dikhabarkan adalah orang yang paling pemurah di kalangan manusia dan baginda akan menjadi lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan.

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.

Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:

“Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya.”

Menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu ‘anha:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”

Memberi sedeqah di bulan Ramadhan ini banyak caranya. Samada kita memberi sedeqah ke tabung-tabung yang di sediakan di masjid, kita berikan kepada fakir miskin, kita berikan kepada anak-anak yatim dan sebagainya. Ataupun kita memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.

Hal ini ada dinyatakan di dalam hadith nabi SAW:

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)

Jom banyakkan sedeqah di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Melaksanakan ibadah umrah

amalan bulan ramadhan - umrah.jpg

Amalan bulan Ramadhan – mengerjakan umrah

Ibadah ini juga amat digalakkan dan menjadi salah satu amalan bulan Ramadhan yang disarankan.

Dalam Shahih nya,  Imam Al-Bukhari meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji, atau beliau bersabda, haji bersamaku. “

Subhanallah.. amat besar ganjaran pahala bagi yang mampu mengerjakan umrah di bulan Ramadhan.

Jadi kepada sesiapa yang ada kemampuan untuk ke tanah suci di bulan Ramadhan, rancanglah perjalanan ke sana sebaik-baiknya. Limpahan pahala menanti anda.

Entri amalan bulan Ramadhan ini akan bersambung di entri yang seterusnya.

 

sumber 1
sumber 2

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: