Sekarang musim peperiksaan. Usai peperiksaan UPSR baru-baru ini, sekarang menjelang pula PMR yang akan berlangsung pada esok hari.
Bila anak-anak sedang menduduki peperiksaan, ibubapa juga turut terheret sama. Resah gelisah, risau takut anak tak dapat jawab soalan dan sebagainya sering menghantui.
Ada ibubapa yang mengambil cuti daripada kerja kerana untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan ini. Banyak dilihat di dalam status Facebook dan Twitter ibubapa yang berkongsi perasaan gementar dan takut mereka. Seolah-olah ibubapa pula yang menduduki peperiksaan.
Sebenarnya selain daripada sokongan moral, sokongan dalam bentuk spiritual juga boleh membantu anak-anak kita menduduki peperiksaan dengan tenang. Kita juga insyaAllah akan terasa tenang kerana sokongan spiritual ini adalah dalam bentuk kita berusaha meminta doa daripada Allah.
Ia juga adalah bentuk tawakkal setelah usaha kita membantu anak kita belajar dan usaha anak kita belajar dengan bersungguh. Apa-apa yang berlaku sebagai natijah kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha merancang dan maha mengetahui atas segala sesuatu.
Antara sokongan spiritual dan amalan yang boleh ibubapa lakukan semasa anak – anak di dalam dewan peperiksaan tidak kiralah peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun peperiksaan-peperiksaan lain yang penting untuk anak-anak ialah:
1. Berpuasa sunat pada hari anak-anak menduduki peperiksaan.
Antara doa yang paling dimakbulkan oleh Allah ialah doa ibubapa. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi jika ibubapa yang berpuasa dan mendoakan kejayaan untuk anak-anaknya pastilah lebih makbul.
2. Lakukan solat taubat dan solat hajat.
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang.
Allah amat suka hambaNya yang seringkali bertaubat. Jadi pastinya doa yang tulus ikhlas daripada orang yang bertaubat akan mudah diperkenankan Allah.
3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak.
Baca Quran dan pahalanya diniatkan untuk dihadiahkan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan agar terang hati dan tenang fikiran.
4. Lakukan solat Dhuha
Lakukan solat dhuha di pejabat, di rumah ataupun di surau sekolah sewaktu menunggu anak-anak yang sedang berjuang di dewan peperiksaan. Doalah untuk kejayaan anak di dalam solat dan selesai solat.
5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim dan hadiahkan pahala untuk anak.
Semoga amalan ini akan memudahkan doa ibubapa untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan akan mudah termakbul. Ini adalah kerana amalan sedeqah amat disukai Allah. Orang yang menerima sedeqah ini juga mungkin akan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan pemberi sedeqah.
6. Berterusan berzikir dan berdoa.
Samada anda berada di pejabat, di rumah ataupun di sekolah menunggu anak-anak yang sedang berada di dewan peperiksaan, jangan putus-putus berzikir dan berdoa kepada Allah untuk kejayaan anak-anak di dewan peperiksaan.
Allah akan mengingati kepada hambaNya yang mengingati lebih daripada hambaNya mengingatiNya. Moga amalan berzikir dan berdoa dengan berterusan ini akan memudahkan Allah memakbulkan doa kita supaya anak-anak berjaya dalam peperiksaan.
7. Hantar gelombang positif kepada anak.
Ini adalah law of attraction dan law of vibration. Kita yakin dan bayangkan yang positif. Bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat. InsyaAllah mereka berjaya di dewan peperiksaan.
Hadith Qudsi, Allah berfirman:
“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya.
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakkal kepada Allah yang maha mengetahui.
Moga amalan oleh ibubapa semasa anak di dalam dewan peperiksaan ini ataupun peperiksaan-peperiksaan lain akan memberi kejayaan yang didambakan. Ia juga akan dapat memberi ketenangan kepada anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan dan juga kepada ibubapa yang menunggu di luar.
Segala hasilnya nanti kita serahkan kepada Allah jua. Moga Allah jayakan semua anak-anak yang sedang meduduki peperiksaan. Aameen,
Nota:
Amalan ini saya kongsikan daripada Ustaz Don Daniyal dengan sedikit penambahan
Boleh juga amalkan zikir ibubapa sewaktu anak sedang berjuang dalam dewan peperiksaan oleh Ustazah Norhafizah Musa yang pernah saya kongsikan ini.
semoga berjaya buat semua calon-calon PMR…
papa mifz recently posted..Nasi Ayam Penuh Kasih Sayang
ameen..
Bagus amalan ni, boleh amalkan
hafiz recently posted..Top komentator September 2013
ya.. moga bermanfaat utk semua
info terbaik bagi ibu-bapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini…
Akuro San recently posted..Kontes Review Klinik Cinta
sila sebarkan kpd ibubapa. moga bermanfaat utk semua
[…] Amalan ibubapa ketika anak dalam dewan peperiksaan […]
hope….kejayaan kepada calon-calon exam semua…..Doa ibu bapa tu amat penting bagi kejayaan anak-anak…….
sukma recently posted..Kasut Swat Original
betul tu… moga semua murid berjaya hadapi peperiksaan
selamat berjaya buat adik-adik di luar sana…buat yang terbaik dan tunjukkan hasil usaha anda selama 3 tahun ini dengan hasil yang baik..
bagi ibu ayah pulak, beri sokongan dan terus berdoa untuk kejayaan anak-anak mereka
Farid Adam recently posted..4 Sebab Mengapa Pembaziran Berlaku
ya betul
kadang ibubapa yg gelisah lebih daripada anak2..hu3
blogger lelaki recently posted..Iklan Yang Bagus
hahahaha… betul tu
Terima kasih atas perkongsian.. anak buah ena pun akan menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi.. ena sebagai mak saudara pun rasa resah semacam
Ainaa Roseberry recently posted..CABARAN 30 HARI | SESUATU MENGUATKAN AINAA ROSEBERRY
nanti ena bgtau parents dia suh buat mcm entri ni..
semoga dijadikan amalan untuk ibubapa . kalau boleh selalu dilakukan sebab kita dan anak – anak sentiasa belajar…
ya betul tu.. jika diamalkan secara istiqamah pun bagus juga
Hebat inshaAllah nak share pada kawan2 yg tgh gementar anak2 nak exam esok
Hebat inshaAllah nak share pada kawan2 yg tgh gementar anak2 nak exam esok
semoga semua daripada kita mendapat manfaatnya. Aameen
Amalkan! InshaAllah doa ibu bapa tiada hijab… Berdoalah!
Mommy Putri recently posted..Apahal Shaklee ni!!??
ya.. betul tu.. ibubapa pun kena doa byk2..
Alhamdulillah, sumber info yang sangat bermanafaat. teruskan beramal. terima kasih. mohon share untuk diamalkan.
alhamdulillah. terima kasih kerana sudi singgah di sini. moga sama2 mendapat manfaat. silakan share
Share sdikit ilmu utk ibu bapa yg anak2 menghadapi peperiksaan…
silakan…
Moga sama2 dpt manfaatnya
Moha sedikit ilmu ini dpt mmberi manfaat besar kpd org lain
Semoga sua murid lulus dln ghadapi ujian
Oyong Ilham recently posted..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
Terima kasih bamhoq.. anak sulong Moha UPSR tahun ni.. memang terasa nervous ni.. huhu
Haaa. Memang nebes weyh. X per. Bykkan berdoa. InsyaAllah.. Apa yang Allah bagi lepas tu adalah yang terbaik