Ambi Pur MoodTheraphy – Rumah Wangi, Rumahtangga Berseri

Aku dan perkahwinan

Sudah 13 tahun aku menjalani kehidupan rumahtangga dengan isteri tercinta. Baru bulan lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13.

Sambutan ulangtahun perkahwinan ke 13 di Resort Cafe

Sambutan ulangtahun perkahwinan ke 13 di Resort Cafe

Perempuan yang memang aku minati sejak aku kenal semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu. Sebenarnya aku jadi orang tengah je dulu. Yang minat isteri aku ni dulu kawan baik aku. Aku ni posmen je. Tapi akhirnya dah jadi isteri aku sekarang. Dah punya 3 orang anak dah sekarang.

Ya. Memang aku minat sangat kat wife aku ni. Siang malam aku berdoa supaya dia jadi isteri aku. Alhamdulillah, tuhan makbulkan doa aku. Panjang ceritanya. Tapi satu je konklusinya. Kalau dah jodoh takkan kemana. Allah maha mengetahui atas setiap apa yang berlaku. Semua ada hikmah di sebaliknya.

Isteri aku memang pelengkap kepada diri aku yang memang tak sempurna. Senang aku cakap macam ni lah. Jika tidak kerana isteri aku, aku tak akan berada di tempat yang aku ada sekarang. Isteri aku banyak sumbangannya dalam hidup aku.

Orang cakap kalau perangai atau minat sama, lebih senang untuk masuk kepala. Baru senang nak ngam. Aku dan isteri aku rasa tak banyak benda yang sama. Banyak yang kontras aku rasa. Baik dari segi tabiat, perangai dan sebagainya. Sebenarnya yang kontras inilah yang menjadi pelengkap. Apa yang aku fikir, lain yang dia fikir. Ini menjadi check and balance kepada kehidupan keluarga aku.

Memperbaharui kesegaran bercinta selepas 13 tahun perkahwinan

Aku ada satu masalah. Masalah aku ialah aku tak tau nak tunjukkan rasa cinta aku kepada orang yang aku cinta. Kadang niat aku tunjukkan rasa cinta tetapi interpretasinya lain kepada isteri aku. Mungkin cara aku salah kot.

Rasa cinta ini jika tidak terus dipupuk, akan menyebabkannya menjadi tawar, hambar dn sejuk. Ini memang akan menjejaskan keharmonian rumahtangga. Malah mengikut statistik, ia juga adalah antara penyebab utama penceraian di Malaysia.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah boleh ditinggalkan di rumah. Sekarang aku dan isteri sudah mula berdating kembali. Di masa-masa yang terluang aku sudah boleh keluar berdua dengan isteri semula. Cuba mewujudkan kembali kehangatan bercinta seperti dulu.

Hangatkan mood bercinta dengan wangian

Oh ya satu lagi yang aku buat. Aku cuba wujudkan mood bercinta di rumah. Antara perkara yang boleh datangkan mood untuk bercinta ialah dengan wangian. Mengikut Presiden Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA), Joon Wong, bau yang juga merupakan salah satu deria daripada 5 deria utama mengawal emosi asas seperti takut, tenang, marah dan sebagainya. Ia juga mendorong perasaan seperti lapar, keinginan sex, sayang kepada anak dan sebagainya.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” ~ Joon Wong.

Jadi untuk mewujudkan suasana romantik di rumah bau yang wangi yang menjadi kesukaan kita dan pasangan amat penting. Percayalah, bau stokin dan fabrik yang kepam, ikan goreng atau ikan masin yang digoreng dan lain-lain bau yang mengganggu akan menyebabkan mood bercinta berkurangan. Tengah-tengah nak bercinta tiba-tiba terbau bauan sebegitu memang akan “potong stim”.

Untuk ini aku pilih wangian segar daripada Ambi Pur, pengeluar pewangi segar untuk rumah, kereta, fabrik dan sebagainya yang tidak asing lagi di negara kita. Produk terbaru daripada syarikat ini memang dikhaskan untuk mewujudkan kehangatan bercinta dan suasana seperti baru berkahwin dulu.

Ambi Pur MoodTheraphy yang aku sedang gunakan sekarang

Ambi Pur MoodTheraphy yang aku sedang gunakan sekarang

Ambi Pur MoodTheraphy

Ambi Pur baru mengeluarkan koleksi produk pewangi terbarunya iaitu Ampi Pur MoodTheraphy. Ia dilancarkan di Sunway Pyramid baru-baru ini dengan kehadiran rakan usaha sama kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya Dr. Jezamine Lim yang turut berkongsi dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan.

Koleksi pewangi MoodTheraphy ini berupaya untuk menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta! Koleksi MoodTherapy Ambi Pur dicipta untuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara.

Jenis produk

Terdapat 4 produk yang menggunakan koleksi wangian ini:

  1. Febreze Fabric Freshener
  2. Ambi Pur Set & Refresh
  3. Ambi Pur Air Effects
  4. Ambi Pur Gel Fresh

Wangian dengan mood berbeza

Koleksi wangian ini pula didatangkan dalam 3 mood untuk citarasa yang berbeza:

1. Love’s Bouquet
Wangian ini boleh mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan.

ambi pur moodtheraphy aku

2. Relax & Unwind
Wangian ini mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.

Relax & Unwind

3. Splash of Revival
Wangian ini pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin.

Splash of Revival

Pengalaman aku menggunakan produk ini

Memang berkesan produk ni. Aku memilih wangian Love’s Bouquet kerana aku memang sukakan wangian bunga-bungaan. Aku letakkan Ambi Pur Set & Refresh di bahagian makan di antara dapur dan ruang tamu rumah. Bau haruman bunganya sungguh hebat. Sampai sahaja di muka pintu rumah sewaktu pulang dari kerja, bauan bunga terus menerpa apabila pintu rumah dibuka. Rasa tak sabar je nak balik rumah semenjak ada Ambi Pur Set & Refresh Love’s Bouquet ni.

Isteri aku pun suka dengan wangian ini. Ia membawa mood yang romantik yang boleh membuatkan aku teringatkan rumah dan isteri di rumah.

Jika anda seperti aku yang mahukan kesegaran perhubungan suami isteri semula seperti baru-baru kahwin dulu, anda bolehlah mencari produk ini di pasaraya-pasaraya yang berdekatan.

Harga produk ini

Berikut adalah harga produk – produk ini:

  1. Febreze Fabric Freshener – RM11.90
  2. Ambi Pur Set & Refresh – RM18.50
  3. Ambi Pur Air Effects – RM19.90
  4. Ambi Pur Gel Fresh – RM9.90

22 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: