Angel of water, Seram Sejuk Teringat Cara Bersihkan Usus Ni…!

Angel Of Water (AOW) – cara bersihkan usus yang sangat efektif

angel-of-water-3

Hahahaha… Aku diliwat…!

Memasukkan salur tiub ke lubang dubur bukannya perkara mudah. Walaupun salur tiub itu sangat kecil. Terasa malu dengan diri sendiri pun ada. Dalam benak terfikir, macam ni la agaknya orang diliwat…

Kombinasi antara perbuatan dan minda perlu diselaraskan. Tangan perlu memasukkan salur tiub ke lubang dubur dengan bantuan bahan pelincir. Minda perlu pusatkan fokus untuk meredakan otot dubur untuk merelakan salur tiub masuk ke dalamnya.

Fuuuh sangat ngeri pengalaman ini…!! hahahah.

Mesti korang terfikir apa yang sedang aku cuba jelaskan ni. Hahahaha. Ni la yang aku nak cerita ni. Aku dah berjaya bersihkan usus aku dengan mesin yang dinamakan Angel of Water.

Yang tadi adalah langkah pertama untuk proses ini, iaitu memasukkan tiub kecil ke dalam dubur untuk membolehkan air istimewa masuk ke dalam usus seterusnya mengaktifkan proses mencuci usus.

Aku alami semua ni pada hari ke 3 aku mengikuti program Master Detox di The LifeCo Phuket.

Kenapa usus perlu dicuci?

Pertama sekali eloklah kita menjawab soalan ini dahulu supaya kita tak kata:

“kenapa la aku perlu layan perkara mengarut macam ni…?”

Bayangkan… kita makan dan telan segala makanan dan minuman termasuk yang ada bahan kimia masuk ke dalam perut kita. Selama berpuluh-puluh tahun usus kita menanggung bahan-bahan tu semua, memproses, menapis dan membuang sisinya.

Malangnya bukan semua dapat dibuang. Ada banyak lagi sisa makanan yang tak diperlukan badan masih terperangkap dalam usus kita terutama di celah-celah lipatan usus. Yang ni lah akan dicuci dan dibuang menggunakan mesin AOW ni.

angel-of-water-5

Cara menggunakan AOW

Caranya agak seram sejuk. Hahaha.. Kita dikehendaki berbaring di atas mesin khas dan memasukkan satu tiub ke dalam dubur untuk mesin AOW mengepam air tu ke dalam usus untuk tujuan pembersihan sisa kotoran yang bersisa.

illustrasi penggunaan Angel of Water (kredit: google)

illustrasi penggunaan Angel of Water (kredit: google)

Semua kena buat sendiri. Hmmm… sebenarnya boleh jer nak minta bantuan staff kat situ. Tapi sanggupkah..? Hahaha… Aku tak sanggup…!

Dengan menggunakan minyak kelapa sebagai bahan pelincir, sebenarnya tiub yang kecil tu tak susah pun masuk ke dalam dubur. Huh diliwat aku hari ni.. hahahaha…

Dah berjaya masukkan tiub, tekan button kat tepi tempat pembaringan untuk hidupkan mesin. Fuuuuh air dah dipam masuk ke dalam perut. Terasa perut membuncit dengan air. Cemas jugak seketika. Sehinggalah tiba-tiba perut terasa sakit nak buang air besar. Dah tak tahan…! dan… Burrrrr… lepas kan kat situ juga.

Memang mesin ni direka khas untuk sempurnakan proses masukkkan air ke dalam usus dan keluarkan bahan bersisa bersama air tadi (buang air besar) ke dalam tempat khas di bawah tempat pembaringan. Dari situ kita akan dapat lihat kotoran daripada usus kita yang keluar berketul-ketul melalui satu cermin khas.

cermin khas untuk lihat sisa buangan kat atas sebelah kanan dalam gambar

cermin khas untuk lihat sisa buangan kat atas sebelah kanan dalam gambar

Buang air kat situ ya… Tanya staff kat situ betul-betul sebelum buat proses ni kalau tak paham. Sebab tak nak nanti korang bangun dan ke toilet bila terasa nak buang air besar. Penat wooo ulang alik macam tu. Dan yang paling azab kalau tak paham dan buat macam tu adalah masa nak masukkan tiub tu berkali-kali…

8 liter air kesemuanya. Dan kita perlu relakan sekurang-kurangnya 4 liter daripada air tersebut untuk masuk ke dalam usus. Memang selepas 4 liter air masuk dan dikeluarkan semula melalui buang air besar, kotoran yang terlihat di dalam cermin khas tadi dah berkurangan. Daripada kotoran hitam pekat dah jadi jernih dan akhirnya hanya air jernih yang dimasukkan tu jer yang keluar.

Proses memakan masa selama lebih kurang satu 40 – 50 minit. Aku terlajak habiskan air 8 liter tu. Maklumla.. perut aku kan besar. Hahaha.. Memang bersih usus aku hari tu.

Komen Sohoque

Pada aku proses ni amat baik sekali untuk bersihkan usus kita. Ia adalah cara terbaik untuk bersihkan usus kita. Banyak penyakit yang berpunca daripada usus yang kotor ni. Jadi sekali sekala jalani proses ni adalah pilihan yang sangat bagus.

angel-of-water-1

Kat Malaysia ni aku tak pasti kat mana ada disediakan mesin AOW ni. Mungkin kat hospital pakar ada kot. Aku tak pasti. Boleh la tanya kalau korang nak tahu.

Tapi kalau korang nak senang, ambik jer pakej Program Detox di The LifeCo Phuket macam yang aku dan beberapa orang rakan blogger yang lain ambil baru-baru ni. Memang puashati. Program sebenar selama 7 hari. Tapi kitorang sempat ikuti sampai hari ke 4 sahaja. Tapi banyak info, ilmu dan perkara baru yang didedahkan kepada kami tentang cara pemakanan dan detox ni. Sangat berbaloi.

Serius, jika aku diberikan peluang dan kesempatan masa dan wang ringgit, aku akan datang lagi ke The LifeCo Phuket ni untuk ikuti Program Detox kat sini. Serius berbaloi!

18 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: