More

    Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

    anita sarawak berhijrah
    Anita Sarawak bersama suami, Mahathir

    Entah betul-entah tidak cerita ni wallahua’lam. Kalau betul Alhamdulillah. Aku buat jugak posting ni sebagai kesinambungan posting-posting “penghijrahan artis” sebelum ni.

    Kak Nita (Anita Sarawak) yang dah lama tak kelihatan di kaca TV tempatan sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri. Banyak pihak media yang ingin mengundang beliau untuk program-program TV sempena hari raya tak dapat berbuat demikian kerana “kehilangan”nya itu.

    Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

    Mengikut peminat itu lagi, Anita Sarawak kelihatan berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah.

    Anita Sarawak sempat menoleh sekali apabila namanya dilaungkan oleh peminat tersebut (yang mahu dikenali sebagai Adi) tetapi bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

    Komen sohoque: Kalau betul cerita ni Alhamdulillah. Ya la Anita Sarawak ni bukannya muda lagi. Elok la kalau dah berhijrah. Kalau tak betul cerita ni, anggap la hiburan semata-mata. 😆

     

    sumber

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge