Antara Punca Turun Bala

Semalam kita digemparkan dengan berita tentang gempa bumi di Acheh. Malah ada sesetengah negeri di Malaysia turut dapat merasai gegaran tersebut.

Di Acheh, amaran sunami telah dikeluarkan. Namun alhamdulillah, kita semua lega kerana amaran tersebut kemudiannya telah ditarik balik. Mengikut laporan juga tiada kecederaan dan kerosakan harta benda yang berlaku. Amaran tsunami ditarik balik, akan tetapi kita perlu ingat… amaran Allah di dalam Al-Quran tidak pernah ditarik balik.

Kalau kita amati, sekarang ini sudah semakin kerap bala yang dah turun. Bala yang kita sedari seperti gempa bumi sudah selalu berlaku. Bala seperti penyakit berjangkit dan sebagainya pun sedang kita hadapi. Ini semua adalah amaran dari Allah kepada kita yang semakin jauh dari landasan Islam.

Ada satu hadith tentang bala dan puncanya:

hadis punca bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”.
[H.R Termizi]

 

Nota kaki:

kalau kita perhatikan dah semua tanda-tanda tu dah berleluasa sekarang. Patut la kerap terjadi bala dan gempa bumi sekarang. Astaghfirullahal adziim. Allahuakbar!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: