ramadhan

Apakah Waktu Imsak Itu Bida’ah?

ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dan salam sejahtera.

Sudah beberapa hari aku tidak update blog aku ni. Aku sebenarnya masih di dalam proses membiasakan diri dengan bulan Ramadhan. Waktu kerja yang berubah ini menjadikan blog aku tidak ter update.

Tambahan pula sehari dua permulaan puasa ni membuatkan badan sedikit lesu. Hari pertama aku terlalu mengantuk di siang hari. Hari kedua ok la sikit. Hari ini hari ketiga, diharap badan sudah dapat menerima kondisi bulan Ramadhan. Toksin-toksin pun sudah dibuang di hari pertama dan kedua.

Oh ya, pagi tadi selesai saja bersahur, aku mendapat mesej di Whatsapp tentang waktu imsak yang dikatakan bida’ah. Ini mesejnya:

Apa itu IMSAK ?

Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (Khususnya Indonesia & Malaysia). kemungkinan yg Membuat Ajaran Imsak Ini Berniat Baik, Agar Kita Ada Waktu Untuk Bersiap Diri Melaksanakan Sholat Dan Mempersiapkan Waktu Terbitnya Fajar.

Namun dia lupa Bahwa Islam yg diajarkan Rasulullah Saw Sudah Sempurna Sehingga Tidak perlu ditambah atau dikurangi.
Akibatnya pada hari ini Banyak umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak. Sehingga menghilangkan Ajaran Rasulullah Saw yg Sesungguhnya.

Dalil: Sabda Nabi SAW,
“Jika salah seorg dari Kamu Mendengar Adzan Sedangkan ia Masih Memegang Piring (Makanan), Maka Janganlah Ia Meletakkannya Hingga Ia Menyelesaikan Hajatnya (makannya).”
[HR.Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, dishahihkan oleh Adz Zahabi]

Ibnu Umar berkata, “Alqamah Bin Alatsah Pernah Bersama Rasulullah, Kemudian Datang Bilal akan mengumandangkan adzan, kemudian Rasulullah SAW Bersabda,
“Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur”.
[Hadith ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

“Dan Makan Dan Minumlah Kamu Hingga Terang Bagimu Benang Putih Dan Benang Hitam Yaitu Fajar”.
(QS Al Baqarah 2 : 187).

Jadi sahabatku, Batas Makan Sahur Adalah waktu fajar (saat adzan subuh/fajar), Bukan IMSAK.

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah”.
(QS Al Hasyr 59 : 7)

Mohon disebarkan, agar tidak makin tersebar kesalahan dan kekeliruan di dlm masyarakat, terutama keluarga kita dalam melaksanakan amalan di bulan Ramadhan.

Wallahu ‘alam….

Lantas aku mencari jawapan berkenaan isu ini. Lalu terjumpa satu entri berkenaan dengan hal ini yang bertajuk waktu imsak dan waktu subuh:

Tajuk: Waktu Imsak & Subuh
Soalan: Kenapakah waktu Imsak dan Subuh adalah 2 waktu yang berlainan padahal puasa dikatakan menahan lapar dan dahaga serta perkara yg membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Bukankah terbit fajar bermakna masuk waktu subuh ?

Jawapan: Assalamualaikum wrh.
Segala puji bagi Allah SWT. dan salawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sebagaimana yang dimaklumi, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)”.

Berdasarkan kepada dalil tersebut maka jelaslah bahawa waktu puasa itu bermula apabila masuknya waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh Ijma’ Ulama’. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur’an yang sederhana panjang.Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin Thabit iaitu:

“kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya “berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?”, baginda bersabda “50 ayat al-Qur’an” (HR Bukhari).

Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh).Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuknya waktu subuh tetapi bersahur ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat baik. Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi.

Sesungguhnya Allah Ta’ala lebih mengetahui.

Sekian, wassalam.
Tarikh kemaskini 10-12-1999

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka, Malaysia

Entri Penentuan Waktu Imsak dan Waktu Sahur ini juga menarik untuk di baca.

Sebagai konklusinya, aku rasa perkara ini adalah perkara cabang dalam agama. Tak perlu diperbesarkan. Cuma perlu diperjelaskan kepada orang ramai apa itu waktu imsak yang sebenarnya yang mana ia adalah waktu yang terbaik untuk berhenti daripada makan dan minum dan ia merupakan sunnah nabi seperti yang tercatat dalam hadith di atas. Ini juga bermakna makan dan minum selepas waktu imsak tidak membatalkan puasa selagi belum masuk waktu Subuh. Namun sesetengah ulama’ mengatakan perbuatan ini adalah makruh hukumnya.

6 comments

  1. mohdridzwan 5 July, 2014 at 11:51 Reply

    Apa yg tercetus berkenaan Imsak ini sudah lama.
    Soal Bida’ah atau tidak, rasanya tak perlu diperhebohkan oleh mereka-mereka ni meskipun jelas bahawa zaman Nabi tidak ada waktu Imsak.

    Waktu Imsak ini bertujuan untuk memberi peringatan atau sebagai suatu tanda (triggering system) yang menandakan waktu sahur hampir tamat sebelum masuknya waktu subuh. Kerana kebanyakkan dari kita sering terlajak bersahur sehingga masuk azan subuh. Sedangkan bermulanya azan subuh itulah waktu kita wajib berpuasa. Tapi berapa ramai yg tahu?

    Kebanyakkan dari kita tidak pernah faham akan hal-hal agama tetapi sewenang-wenangnya menghukum sesuatu mengikut akal fikiran sahaja. Ilmu kalau diambil tanpa guru itulah merbahaya.

    Maaf yer sebab panjang sgt…tapi ambe ikhlas memberi input. :)

    mohdridzwan recently posted..Indahnya Ramadhan 1: Niat, Imsak dan SahurMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: