Aplikasi Android Restoren On The Table

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cara baru untuk mempromosi dan menaikkan sesuatu jenama selain daripada menwar-warkan di dalam blog-blog dan media sosial ialah dengan menyediakan aplikasi di smartphone.

Dengan penggunaan smartphone yang amat meluas objektif untuk melariskan perniagaan dan menaikkan jenama syarikat melalui aplikasi di smartphone adalah sesuatu usaha yang tidak boleh dipandang enteng.

bunting aplikasi android restoren on the table

Bunting Aplikasi Android Restoren On The Table

Menyedari hakikat ini, Restoren On The Table, sebuah restoren masakan dunia kontemporari telah melancarkan aplikasi android restoren On The Tablenya sendiri baru-baru ini. Sebelum ini kita tahu Chef Jo, masterchef terkenal Malaysia turut melancarkan aplikasi beliau sendiri.

Aku telah mencuba aplikasi ini di smartphone aku. Impressi pertama aku, sangat kagum. Ini adalah kerana navigasi berjalan dengan lancar tanpa tersekat-sekat. Ini tentunya memudahkan pengguna menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi yang membahagikan antaramuka nya (interface) kepada beberapa kategori navigasi amat memudahkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki.

Kategori pertama ‘Home’ disediakan sebagai pengenalan alu-aluan daripada Restoren On The Table.

Home - aplikasi android restoren on the table

Interface aplikasi android Restoren On The Table – Home

Beralih ke kategori kedua ‘Menu’. Ia menyajikan pengguna dengan senarai masakan yang disediakan di restoren tersebut mengikut kategori masakan.

Menu - aplikasi android restoren on the table

Interface aplikasi androidRestoren On The Table – Menu

Kategori ketiga ialah ‘catering’. Ia memaparkan tentang projek katering yang juga menjadi servis teras restoren ini. Turut dipaparkan ialah senarai pelanggan tetap yang sering menjemput katering Restoren On The Table untuk menjadi penyedia makanan untuk majlis-majlis anjuran mereka.

‘Promo’ adalah kategori keempat. Di sini lah pengumuman tentang promosi-promosi ataupun tawaran-tawaran diskaun akan diumumkan. Baucer juga boleh diperolehi di sini. Contohnya sekarang untuk promosi bulan Ramadhan baucer boleh didapati di sini.

Kategori kelima adalah ‘contact’. Di sini dipaparkan nombor telefon dan no fax untuk dihubungi. Terdapat icon Facebook di situ yang apabila ditekan akan membawa pengguna terus ke Page Facebook Restoren On The Table. Peta lokasi rstoren juga ada di situ.

Interface aplikasi androidRestoren On The Table - contact

Interface aplikasi androidRestoren On The Table – contact

Sesiapa yang belum install aplikasi ini bolehlah berbuat demikian. Antara kelebihan yang boleh didapati daripada aplikasi ini ialah kita boleh melihat dahulu menu-menu masakan yang terdapat disitu. Jadi kita sudah dapat membuat perancangan sebelum sampai ke restoren lagi tentang apa yang ingin dimakan.

Lagi satu keistimewaan dengan adanya aplikasi ini di smartphone kita ialah kita akan sentiasa tahu tentang promosi-promosi yang berlainan yang ditawarkan dari bulan ke bulan.

Untuk installkan aplikasi ini, anda boleh ke SINI dan install. Ataupun anda boleh mencari di aplikasi Google Play di smartphone android anda dan terus install. Ianya semudah ABC.

Moga aplikasi ini dapat memberi manfaat untuk semua. Selamat menjamu selera di Restoren On The Table.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: