featured image

Apple iPad Boleh Dapat Pengecualian Cukai Pendapatan Peribadi?

photo ipadSedang aku menjenguk Facebook (FB) aku, terpandang satu link yang sahabat FB aku postkan di statusnya. Ia berkenaan dengan pelepasan cukai pendapatan peribadi.

Antara intipati artikel di blog tersebut ialah:

Merujuk kepada paragraf 46(1)(j) Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967, untuk pembelian komputer peribadi yangdigunakan bukan untuk bisnes, pembayar cukai individu boleh mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM3,000.

Pengecualian ini dibenarkan sekali dalam masa 3 tahun. Tiada pengecualian diberikan untuk komputer yang digunakan untuk urusan bisnes.

Persoalan sekarang adakah komputer tablet yang semakin mendapat sambutan sekarang seperti Apple iPad, Samsung Galaxy Tab, Viewsonic ViewPad 7, Toshiba Folio 100, CSL Spice Mi700 DroidPad, Blackberry Playbook, ZTE V9, dan lain-lain boleh mendapat pengecualian cukai ini?

Penulis blog http://voyager8.blogspot.com tersebut telah bertanyakan soalan ini kepada LHDN, dan ini jawapan daripada pegawainya:

jika komputer tablet hanya ada ciri-ciri komputer sahaja dan ianya hanya untuk kegunaan keluarga dan di rumah sahaja, ia akan dikira sebagai “komputer” dan layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan peribadi sehingga RM3,000. Ia boleh dituntut hanya sekali dalam masa 3 tahun.

Antara tablet yang termasuk dalam kategori yang dimaksudkan di atas adalah
Apple iPad, Toshiba Folio 100, Samsung Galaxy Tab 10.1″ dan Blackberry Playbook. Jadi, sekiranya anda membeli Apple iPad 64GB dengan Wifi+3G pada harga RM2,599 di tahun 2010, dan kadar tax anda adalah 24%, maka anda boleh menuntut RM2,599 pengecualian cukai semasa anda memfailkan cukai pendapatan peribadi 2010. Jadi anda bolehlah menjimatkan RM623.76 untuk cukai pendapatan anda.

Walaubagaimanapun, jika komputer tablet tersebut turut mempunyai fungsi telefon bimbit sebagai tambahan kepada fungsi komputer, yang mana anda boleh membuat dan menerima panggilan telefon, menghantar dan menerima sms/mms dengan menggunakan perkhidmatan Telco, ini tidak dikira sebagai komputer. Ia dianggap sebagai telefon bimbit dan tidak layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan. Antara tablet-tablet yang termasuk dalam kategori ini ialah Samsung Galaxy Tab 7″, 7″ plus, dan 7.7, Viewsonic ViewPad 7, CSL Spice Mi700 DroidPad, ZTE V9 dan lain-lain.

logo lhdnJika anda memerlukan pengesahan dan maklumat lanjut, bolehlah hubungi LHDN di talian 1300-88-3010  ataupun emel kepada: callcentre@hasil.gov.my.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: