Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus

Salam dan selamat sejahtera.

Dewasa ini banyak applikasi android Ustaz Azhar Idrus di Google Play, tempat meng”install” applikasi di telefon pintar yang menggunakan platform sistem operasi Android.

Pertumbuhan applikasi android Ustaz Azhar Idrus ini dibuat dan dimajukan oleh individu-individu celik IT yang mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi ilmu agama yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada sasaran yang lebih meluas.

Applikasi – Aplikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini rata-ratanya memuatkan apa yang pernah disampaikan oleh Ustaz Azhar Irus melalui ceramah-ceramah ataupun kuliah-kuliah agama beliau yang diadakan diseluruh pelusuk negara. Ia termasuklah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus, Hukum-hukum permasalahan agama yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.

Perkembangan ini saya lihat ada baik dan buruknya.

Yang baiknya, pengguna telefon pintar lebih mudah mencari hukum-hukum agama untuk dirujuk. Peminat Ustaz Azhar Idrus pula lebih mudah untuk memeriksa kuliah bulanan Ustaz Azhar Idrus tanpa perlu melayari internet dan sebagainya. Mereka hanya perlu masuk ke applikasi – applikasi Andoid Ustaz Azhar Idrus ini dan terus boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh mereka.

Yang tidak baiknya ialah applikasi – applikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini dibina dan dimajukan sistemnya bukan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Ini sudah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam kuliahnya dan diwarwarkan di dalam page facebook beliau.

Ustaz Azhar Idrus menegaskan di laman sisial ini bahawa beliau tidak mempunyai laman sosial yang lain kecuali Facebook sahaja. Ini termasuklah applikasi Android dan sebagainya.

uai apps.jpg

Antara applikasi Ustaz Azhar Idrus yang BUKAN dimajukan oleh pihaknya.

Apabila ianya bukan daripada AlFadhil Ustaz Azhar Idrus sendiri, ia dikhuatiri akan terseleweng samada disengajakan atau tidak disengajakan.

Salah satu applikasi Ustaz Azhar Idrus yang pernah saya kongsikan di blog ini adalah applikasi ini.

Jadi kepada pengguna, hati-hati dengan kandungan applikasi Android Ustaz Azhar Idrus di Google Play. Jika was-was dengan kandungannya, sila double check dengan pihak berkenaan.

18 comments

  1. Anarm 17 February, 2013 at 13:58 Reply

    betul tu.. kadang2 ada sesetengah pihak yang ambil kesempatan melalui aplikasi macam ni.. tambah2 bab agama, so kena hati2..

    mereka yang create aplikasi tu perlu jujur dan masukkan info2 yang betul2 sah faktanya supaya dapat memberi manfaat kepada semua.. kita sebagai pengguna aplikasi tu pulak perlulah rujuk pada UAI atau mereka yg lebih arif jika ada info2 yang rasa macam tak betul dari aplikasi tu.. jika ada unsur2 penyelewengan, sila dengan pantas beri peringatan kepada rakan2..
    Anarm recently posted..Pemenang Contest Dialog Paling SesuaiMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: