featured image

Applikasi Mesti Install: Dropbox

Applikasi Dropbox amat berguna

 

www.dropbox.com

 

Apa itu Dropbox?

Ia adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda menyimpan semua gambar-gambar, dokumen-dokumen, Video-video dan fail-fail walau di mana sahaja anda berada. Ini bermakna sebarang fail yang anda simpan ke dalam Dropbox akan disimpan secara otomatik ke semua komputer, smartphone dan juga di dalam Dropbox website.

Dropbox juga membolehkan anda berkongsi sebarang fail yang anda muatkan ke Dropbox tadi dengan sesiapa sahaja yang anda inginkan dengan mudah sekali. Hanya perlu jemput (invite) sesiapa sahaja untuk berkongsi dengan anda.

Dengan Dropbox anda tak perlu khuatir jika tertinggal pendrive/external hard disk kerana Dropbox akan sentiasa membantu. Anda juga boleh memanggil semula fail-fail yang anda terdelete melalui website dropbox. Jadi, fail-fail anda akan sentiasa selamat.

Ia juga dapat menjimatkan masa jika ingin memindahkan fail-fail dari smartphone ke komputer PC atau Laptop. Ia dapat dilakukan tanpa perlu menyambungkan cable untuk urusan pemindahan tersebut.

Juga dapat memudahkan anda jika menggunakan smartphone, tablet dan komputer yang berlainan sistem operasinya. Contohnya jika anda menggunakan iphone (iOS), BB Playbook (BB) dan Laptop Acer (window). Dalam keadaan normal pemindahan fail agak sedikit sukar dilakukan kerana berlainan sistem operasi. Tetapi dengan Dropbox semua itu menjadi senang dan tidak langsung mendatang masalah.

Seperti juga applikasi INI, Dropbox ini banyak membantu aku sebagai blogger untuk membuat posting di mana sahaja. Kadang sesuatu yang menarik untuk aku tulis berlaku di mana sahaja. Aku akan snap gambar dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab aku. Kemudian aku akan ke galleri dan pindah semua gambar-gambar yang saya snap tadi ke dalam drop box. Kita boleh juga membuat aturan untuk memboleh setiap gambar yang kita ambil akan disimpan secara otomatik ke dalam Dropbox.

Bila tiba masa untuk aku membuat posting, aku hanya menggunakan Dropbox untuk memuat naik (upload) gambar yang aku snap tadi. Mudah bukan?

Dropbox ini boleh didapati secara PERCUMA di SINI. Anda hanya perlu mendaftar dengan menggunakan emel dan password anda. Kemudian ia boleh terus digunakan.

Dropbox yang didaftar secara percuma ini hanya di beri ruang penyimpanan sebanyak 2Gb sahaja. Namun anda boleh menambahkan storage tersebut dengan menjemput kawan-kawan menggunakan Dropbox. Aku akan share lagi cara-cara untuk menambahkan storage dropbox di posting akan datang.

Selamat mencuba!!!

 

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: