Anda mesti pernah dengar tentang applikasi Evernote ini bukan? Jika anda dah biasa dengan applikasi ini anggap lah ini sebagai update terkini untuk anda.
Jawapannya, banyak!. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan yang ada pada applikasi ini:
- Berfungsi secara online atau offline.
Ia tidak memerlukan rangkaian sambungan internet untuk beroperasi. Bermakna jika handphone kita tidak diaktifkan sambungan broadband dan tiada wifi disekitar kita sekalipun kita masih boleh mencatat dan menyimpan data. Ini lah yang sedang aku buat sekarang. Kawasan tempat aku sedang menunggu isteriku pulang dari kerja ini tiada sambungan wifi dan aku tak mau aktifkan broadband aku. Aku masih boleh mengarang entri ini. Data kita akan disimpan didalam applikasi kita di handphone dahulu. Kemudian apabila handphone kita sudah disambungkan ke talian internet ia akan secara automatik akan di synchronisekan melalui talian internet. Jadi, sampai ke rumah nanti aku akan hanya copy dan pastekan entry yang aku karang ini ke dalam draf wordpress aku di laptop.Ada yang mengatakan untuk seorang blogger merakamkan idea dengan segera kerana ditakuti terlupa, mereka boleh menggunakan applikasi wordpress untuk android dan iOS. Tetapi sebenarnya mereka yang berkata demikian lupa bahawa di applikasi wordpress, mereka boleh tuliskan idea spontan mereka tetapi applikasi tersebut tidak membenarkan mereka save jika tiada talian internet. - Boleh menangkap dan menyimpan gambar.
Bukan hanya boleh menyimpan data sahaja. Ia juga ada fungsi kamera. Snap sahaja dan savekan. Gambar tersebut akan terus tersimpan di evernote dan ianya pasti amat berguna untuk kita gunakan di kemudian hari. - Boleh merakam dan menyimpan data suara.
Suara juga boleh dirakam. Sungguh sempurna! Katakan anda sedang memandu, tiba-tiba ilham menulis datang, takkan kita nak menaip. Ya tak? Jadi anda hanya perlu gunakan fungsi rakam dan simpan untuk kita dengar semula di masa mendatang. - Sangat senang diuruskan. Ianya sangat mesra pengguna.
Sekali guna sahaja anda pasti akan mahir. Ia ada menyediakan butang untuk fungsi bold, italic, underline, numbering, bulleting, indent, kamera dan lain-lain. - Boleh menandakan lokasi tempat data itu dibuat dan disimpan. Pengguna boleh memilih fungsi lokasi jika kita hendak menandakan lokasi tempat nota itu ditulis. Mungkin ini akan berguna untuk mengingatkan kita untuk menceritakan secara terperinci tentang nota ringkas kita tadi.
- Penyimpanan secara online (seperti Dropbox).
Data disimpan secara online. Ia berfungsi sama seperti dropbox, pogoplug ataupun google drive. Apa yang bagusnya dengan fungsi ini, kita boleh melihat data kita dimana-mana kita berada tanpa perlu membawa alat simpanan data seperti pendrive, external hard disk dan sebagainya. - Ia ada fungsi autosave.
Jadi tidak perlu risau data hilang jika terlupa tekan butang save. Dipermukaan handphone yang kecil, macam-macam kemungkinan boleh berlaku semasa mencatat nota. Contohnya kita tertekan skrin luar daripada aplikasi. Dengan fungsi autosave ini data yang sedang kita tulis tak akan hilang dan disimpan secara otomatik.
Dengan fungsi-fungsi di atas, sudah pasti Evernote sangat berguna untuk blogger dan semua pengguna.
Cara untuk menggunakannya:
- anda mestilah menjadi pengguna berdaftar dengan Evernote.
- Lawat SINI, dan buka akaun dengan Evernote.
- Selesai semuanya, anda cuba lah log in dengan username dan password yang baru dicipta tadi.
- Ada tutorial bagaimana menggunakan Evernote.
Selamat mencuba!!!
baru sempat singgah jugakk. hehehehee
Eida recently posted..Tempat Celebrate Birthday palingg BEST !
terima kasih sebab sudi singgah ya..
[…] juga applikasi INI, Dropbox ini banyak membantu aku sebagai blogger untuk membuat posting di mana sahaja. Kadang […]
[…] akan cuba nukilkan idea-idea yang dah aku catatkan isi-isinya di applikasi Evernote aku. Antara idea dan cerita yang akan aku publish ialah sudah tentu tentang majlis pelancaran […]
[…] siap jer catatan aku, aku terus savekan note tersebut di dalam aplikasi Evernote aku. Terima kasih kepada pengacara majlis saudara Zainal Alam Kadir yang terlambat datang. Legalah […]
Wah, menarik aplikasi. Boleh pasang dan kalau ada ide untuk blog boleh catit terus.
akubiomed recently posted..Whos Amung Us monitor trafik blog real time di browser
mmemang sgt berguna aplikasi ni bro. aku dah lama guna… best
[…] biasanya menggunakan applikasi Evernote untuk urusan ini. Aplikasi ini walaupun tiada sambungan internet, kita masih boleh gunakan untuk […]
[…] secara terus dengan Facebook, Twitter, Tumblr, dan CNN. Fungsi menjadi lebih menarik apabila apps Evernote juga boleh di installkan […]
Cara sambungin onlienYA bisa gak ke sosial media, misalnya ke fb,twitter. Caraya gmna ya ?
[…] beberapa kali sebenarnya jadi benda ni. Sebab tui kalau aku menaip aku lebih suka menaip dalam apps evernote dulu. Apps ni dia akan otomatik save apa yang kita taip tu on the spot. Dan ia boleh dibuka di […]
[…] Ikhlas Tours yang menaja kami, dan daripada Bro Jeff sendiri. Aku catat benda ni semua kat app Evernote aku. Berurusan dengan Evernote ni mudah. Sebabnya dia secara automatik synchonize dengan Laptop ku. […]