Ayah Pin Pengasas “Kerajaan Langit” Lumpuh

ayah pin lumpuh Ayah Pin Pengasas Kerajaan Langit LumpuhLama dah tak dengar kisah Pengasas Ajaran Sesat “Kerajaan Langit” iaitu Ayah Pin. Beliau sehingga kini belum ditangkap walaupun markasnya telah dimusnahkan. Tiba-tiba pagi ni aku terbaca kat akhbar Harian Metro yang Ayah Pin kembali semula.

Tapi kembalinya Ayah Pin kali ini bukan seperti Ayah Pin yang lalu. Dia kini mengalami lumpuh sebelah badan bahagian kanan akibat diserang penyakit angin ahmar. Dia kini hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. Aik.. orang mendakwa dirinya  berkuasa macam tu pun kena sakit jugak ke? icon wink Ayah Pin Pengasas Kerajaan Langit Lumpuh  Ke “power” dia dah berkurangan..?

Ariffin Muhammad (nama sebenar Ayah Pin), 75, kini terpaksa berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok Kelantan untuk berurut dengan tukang urut di situ.

Dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Ayah Pin datang berurut dengan ditemani 2 orang isterinya dan seorang anak perempuan yang berusia belasan tahun.

Berita terbaru ini disahkan oleh adiknya Abdul Rahman Muhammad, 64, yang turut dikunjungi oleh abangnya ketika dia datang berurut.

Menurut adiknya lagi, abangnya itu diserang penyakit angin ahmar sewaktu sedang minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut pada bulan lalu.

Menurut adiknya lagi Ayah Pin sempat mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia baru-baru ini icon mrgreen Ayah Pin Pengasas Kerajaan Langit Lumpuh

1,008 total views, 1 views today

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam