More

    Ayat Kena Power, Copy Writing Kena Belajar

    Alhamdulillah. Ada rezeki yang masuk beberapa hari yang lalu. Umpan affiliate sudah disambar. Sudah lama artikel aku tak convert kepada jualan. Mungkin sebab malas membancuh resipi copy writing kot.

    gambar ebook
    Ebook sudah dibeli orang

    Apa itu copy writing?

    Copy Writing (CW) mengikut pemahaman aku ialah ayat-ayat manis di dalam artikel dan sebagainya untuk tujuan pengiklanan ataupun pemasaran. Ayat-ayat ini bertujuan untuk mempengaruhi seseorang untuk membeli produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan.

    Dengan erti kata lain CW ialah kemahiran menulis dengan menyuntik ayat-ayat manis yang bisa membuatkan pembaca tersentuh hatinya untuk membeli.

    CW amat penting. Semua orang jual produk yang sama. Tetapi mengapa si penjual A tu yang dapat banyak sales? Disamping faktor lain seperti trafik ataupun jumlah pengunjung, layout blog yang menarik dan beberapa faktor lagi, CW lah yang memainkan peranan disini. Jumlah trafik yang banyak sahaja sebenarnya tidak menjamin orang membeli. ini disokong oleh En Titan dalam artikelnya: Nak Buat Duit Dengan Affiliate Kena Ada Trafik Banyak Ke?

    Oh ya, dalam bab ayat memikat pelanggan ni aku suka baca artikel en titan. ayat-ayatnya yang santai memang best. Tak nampak yang beliau sebenarnya sedang menjual.

    CW ini kena belajar untuk mandapatkan ilmu nya. then yang paling penting kna praktik di dalam setiap penulisan di blog kita atauoun di mana2 medium untk kita menjual.

    En Titan banyak berkongsi tentang perkara ini di dalam ebooknya: Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Memang benar, seperti yang diceritakan beliau di dalam buku tersebut, pengalaman beliau yang bertahun-tahun mempraktikan ilmu CW ini menjadikannya mudah untuk membuatkan pembacanya mempercayainya dan membeli apa yang disyorkan di dalam tulisannya.

    gambar SEO
    Kitab Teknik SEO Merah Jambu karangan En Titan

    Satu lagi ebook yang memang terkenal dengan ilmu CW ialah ebook-ebook karangan saudara aqif azizan. Diantaranya ialah buku: Ebook – 27 Teknik Content Marketing. buku ini memang laris terjual dalam masa beberapa hari sahaja walaupun harganya dinaikkan sedikit.

    Keistimewaan tulisan saudara Aqif ini ialah, penerangannya simple dan tidak berbelit2. Ideanya jelas. Tinggal saja kita yang kena praktikkannya.

    Aqif azizan dan teamnya memang terkenal dengan ilmu CW dan content marketing. Seminar2 yang dianjurkan mereka saban bulan sentiasa penuh dengan peserta.

    Jika testimoni peserta atau pembaca buku beliau diambil kira untuk membuktikan kepakarannya di dalam bidang ini, banyak testimoni yang anda boleh dapat di internet.

    kesimpulan yang boleh dibuat, belajar dengan guru yang mursyid, guru yang arif dalam bidang CW ini akan memberikan kita banyak kelebihan dalam memajukan diri kita dalam bidang penulisan. Jika anda seorang penjual di internet (internet marketer) kemahiran CW ini adalah sesuatu yang MESTI anda belajar.

    Ilmu CW ini jika hanya belajar ataupun dibaca, ianya tidak memberi apa-apa kelebihan di dalam menjadikan artikel kita alat untuk menjana wang. Latihan amat penting. Masukkan segala resipi yang kita belajar ke dalam setiap penulisan kita. Lama kelamaan ia akan datang secara semulajadi.

    Jom belajar Copy Writing.

    Latest articles

    Related articles

    30 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge