Azhar Sulaiman Menjelaskan Isu Beliau Murtad

Foto ihsan Malaysian Digest

Kalau anda perasan sebelum ini saya ada post satu entri tentang Azhar Sulaiman mengaku murtad. Pada mulanya saya sangkakan akaun Facebook itu dicipta oleh orang lain yang menyamar sebagai Azhar Sulaiman. Tetapi rupanya memang Azhar Sulaiman yang membuat kenyataan di Facebook tersebut. Azhar Sulaiman menjelaskan isu beliau murtad tersebut pada 21 November yang lalu.

Jadi memang sahlah akaun Facebook itu kepunyaan Azhar Sulaiman. Saya baru terbaca tentang Azhar Sulaiman menjelaskan isu beliau murtad di Malaysian Digest pada pagi tadi.

Beliau menjelaskan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagai respos kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang “dikatakan” mendakwa UMNO murtad. Walaupun saya agak keberatan untuk berprasangka sebegitu setelah membaca dan mendengar kenyataan Tuan Guru. (Wallahua’lam).

Walaubagaimanapun, isu murtad ini ialah isu yang serius dan besar. Sepatutnya kenyataan sebegitu tidak dibuat oleh Encik Azhar Sulaiman. Ini akan menampakkan kedengkelan ilmu kita. Sebab itu sebarang status di Facebook hendaklah difikirkan berkali-kali sebelum ditulis dan diposkan ke dalam Facebook. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post ke dalam Facebook memang tidak boleh ditarik balik. Kita boleh delete di Facebook kita tetapi status Facebook kita itu telah dihantar melalui emel kepada rakan-rakan Facebook kita. Yang itu memang kita tiada kuasa untuk delete.

Saya tidak pasti dan kurang arif tentang hukumnya mengeluarkan kenyataan sebegitu. Biarlah orang yang arif menilainya. Lagipun Azhar Sulaiman menjelaskan isu beliau murtad tersebut beberapa hari yang lepas. Harapan kita semoga beliau lebih berhati-hati di lain kali.

3 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: