Baca Minda Orang Dengan Mandala Painting

Boleh ke kita baca minda orang? Kalau tanya aku, aku jawab boleh..! Tapi bukanlah baca sebijik sebijik apa yang orang tu fikir. Secara generalnya boleh.

Aku pernah belajar macamana nak membaca karektor seseorang melalui tarikh lahirnya. Aku sering juga gunakan ilmu ni*** dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya 80-90% betul.

Jadi ilmu sebegini tidak mustahil malah dah lama para bijak pandai dahulu mengkaji dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Mandala Painting

Jasil Mandala Painting aku

Hasil Mandala Painting aku

Itu ilmu kaji karektor orang. Di The LifeCo Phuket baru-baru ini aku bersama Ben Ashaari, Ayue Jean dan Shiqeen Sattar sempat mengikuti kelas santai Mandala bersama seorang pakar terapi minda daripada Bulgaria. Vanetta berkerjasama dengan The LifeCo Phuket untuk memberikan sesi terapi minda kepada peserta yang menyertai program di The LifeCo Phuket.

Dalam kelas tersebut kami diberi sehelai kertas kosong setiap orang. Kami disuruh melukis mengikut arahan ringkas beliau. Kosongkan kepala daripada memikirkan perkara lepas. Jangan fikirkan tentang perkara yang akan datang. Hanya fikir tentang masa sekarang.

Ada beberapa peringkat arahan yang yang diberikan dan disuruh sewaktu melukis corak pada kertas kosong dengan pensil.

Siap semua melukis, kami disuruh pula untuk mewarna lukisan masing-masing dengan water colour yang disediakan.

Shiqeen punya

Shiqeen punya

Apabila siap mewarna, terhasillah satu lukisan bercorak yang agak cantik. Tak sangka pulak. Hehehe.

Kemudian beliau mula membaca apa yang kita sedang fikir sekarang secara general berdasarkan corak dan warna yang kita pilih.

“You are a happy person and you give happiness to others surround you” – salah satu interpretasi untuk lukisan aku.

Hmmmm.

Sesi ini bagus untuk minda kerana ia membantu fikiran kita fokus kepada saat kita berada sekarang. Dan daripada interpretasi yang diperolehi akan dapat membantu mengenal pasti masalah yang sedang kita fikir. Ianya mungkin dapat diselesaikan hasil perbincangan bersama pada masa itu ataupun selepas itu.

Yang paling terkesan dengan kelas ini*** aku tengok adalah Ben Ashaari la. Memang fikiran dia tengah berkecamuk selepas baru kematian ayah tercinta. Apa yang dibaca oleh Vanetta memang betul kena dengan situasinya. Boleh baca entri Mandala Painting dia.

Komen Sohoque

Mandala Painting ni bagus kalau dibuat untuk program-program motivasi. Ia boleh membantu peserta fokus dengan masalah pada masa itu dan motivator boleh cadangkan jalan penyelesaian.

Syukur aku dapat ke The LifeCo Phuket ni. Selain daripada input sebegini, di sini*** aku didedahkan dengan program detox yang aku rasa amat penting untuk badan kita.

Macam aku yang dah berusia 41 tahun ni. Selama ni bermacam-macam makanan yang aku makan. Kebanyakkannya mengandungi bahan kimia yang diletakkan di dalam makanan.

Badan yang berusaha keras menapis dan membuang segala toksin tu sebenarnya dah penat. At least dengan berdetox ni aku dapat rehatkan sistem badan aku untuk diorang menumpukan dan memperkemaskan semula fungsi diorang untuk memulihara badan.

Siapa yang nak tahu dan alami cara detox yang sebenar boleh la datang ke The LifeCo Phuket ni ataupun di cawangan-cawangannya yang lain

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: