Badan Tak Fit Tapi Teruja Ke Taman Negara

kembara ke Taman Negara hasil kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari dan Han Rainforest Resort

kembara ke Taman Negara hasil kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari dan Han Rainforest Resort

Memang badan aku kurang fit. Sejak terlibat dalam kemalangan yang hampir menemukan aku dengan Penciptaku 10 tahun yang lalu, aku sudah tidak boleh bersukan lasak. Jika dulu bolasepak menjadi sukan kegemaran, kini aku mampu melihat sahaja orang bermain bolasepak.

Badan pun naik mendadak. Dengan selera yang tak pernah padam dan jemputan food review yang tak pernah putus, aku telah “membina” badan montel aku dengan jayanya.

Namun peluang untuk ke taman negara yang ditawarkan terlalu sukar untuk aku lepaskan. Dah lama kot aku nak ke sana. Takkan peluang yang tetiba datang macam ni aku nak lepaskan.

Jadi baik aku cuba. Berbekalkan semangat yang kental aku rasa aku boleh sertai tanpa masalah walaupun badan tak fit. Pengalaman yang bakal aku dapat nanti memang tak terganti dengan wang ringgit.

Backpack yang sarat dengan kelengkapan ke Taman Negara

Backpack yang sarat dengan kelengkapan ke Taman Negara

Lagipun tahun lepas aku telah berjaya menawan puncak Gunung Pandang Angin, gunung yang bersebelahan dengan Gunung Merapi di Jawa Tengah. Pemandangan menyaksikan matahari naik di subuh hari memang terbaik di situ.

Aku dijemput oleh Air Asia untuk menyertai FAM trip mempromosi Air Asia dan Jawa Tengah. Alhamdulillah aku berjaya mendaki dan sampai di puncak. Jadi aku fikir kalau puncak Gunung Pandang Angin yang agak tinggi aku berjaya tawan, jungle trekking di Taman Negara nanti pun mesti tiada masalah.

So malam ni bermulalah perjalanan aku ke Taman Negara bersama rakan-rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari. Sungguh teruja! Bagaimanalah agaknya pengalaman jungle trekking, menaiki bot laju di sungai tembeling, berkhemah di perkampungan orang asli, menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan hutan dan sebagainya. Sungguh tak sabar merasai pengalaman semua ni.

Oh ya trip dan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit yang bakal aku rasai nanti adalah hasil kerjasama dan tajaan Han Rainforest Resort, Cosmoderm, Yeos, dan Nanafa Beauty. Tanpa mereka trip mungkin tidak menjadi kenyataan. Terima kasih buat semua penaja. Terima kasih juga kepada Kelab Blogger Ben Ashaari yang sangat cool.

Yang lebih istimewanya kerjasama ini bukan hanya dengan Han Rainforest Resort sahaja malah turut membabitkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di mana timbalan menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin sendiri yang akan turut turun ke majlis makan tengahari bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tahniah KBBA…! Moga melangkah lebih jauh selepas event ini nanti.. Tak sabar menanti malam…

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: