Bagaimana Cara Untuk Elakkan Instagram Daripada DiHacked?

Salam…

Artikel 4 Kelebihan Ada Followers Instagram Yang Ramai yang aku hasilkan sedikit masa dulu seringkali mendapat view dan komen. Aku terlintas nak tulis entri ini pun sebab aku baru saja mendapat komen di entri tersebut. Kali ini blogger dari negara Indonesia yang datang singgah.

Akhir-akhir ini aku selalu mendengar tentang akaun Instagram (IG) yang kena hacked. Dulu artis. Dah ada jutaan followers. Sekelip mata sahaja akaunnya terlepas dan dirampas darinya. Hacker telah menukar emel dan password. Semua gambar dalam IG itu dipadam. Profail IG telah ditukar. Apa lagi tuan punya IG boleh buat selain daripada redha.

Semalam, kawan aku sendiri dihacked dan dirampas IG nya. Memang dah tak boleh buat apa. Akaun IG yang dicipta khas untuk anaknya yang comel sempena kelahiran anaknya dulu. Followers bukannya sedikit. Puluhan ribu juga. Dan akaun IG ini adalah salah satu akaun yang sering mendapat tawaran pengiklanan.

Ni akaun Instagram aku. Jom follow:

Ni akaun Instagram aku. Jom follow: www.instagram.com/sohoque

Kena hacked bermakna hilanglah juga satu sumber income bagi rakan aku ni. Kesian kat dia. Aku hanya mampu bersimpati dengan perasaan takut. Takut juga jika akaun IG aku pun dijadikan sasaran hackers. Mereka ni bukan kira siapa. Artis ke tidak. Kalau diorang nak hacked diorang main hacked je.

Persoalan di sini ialah bagaimana cara – cara untuk elakkan akaun IG ni daripada dihacked? Apakah cara-cara untuk mengetatkan sekuritinya?

Hackers akan sentiasa ada cara untuk menceroboh. Berhati-hatilah

Hackers akan sentiasa ada cara untuk menceroboh. Berhati-hatilah

Terus terang aku pun tak tahu. Aku tahu letak password je yang mana ianya bukanlah sekuriti yang terbaik. Hackers selamba jer boleh hacked setakat kita letak password tu.

Aku ada tanya rakan aku yang kena hacked tu… Dia kata dia dah buat extra security dah dengan tambah kod bagai, tapi kena jugak…

Ada yang cakap hackers boleh tembus sekuriti sebab kita pernah benarkan 3rd party apps connect dengan akaun IG kita. Dari situlah hackers masuk. Tak taulah benar ke tak? mMungkin ada benarnya.

Hmmm.. parah gak kalau gini. Kesian la kat kita yang gigih kumpul followers ni. Dan ada antara kita yang memang salah satu sumber incomenya adalah daripada IG. So, kalau kena hecked memang menangis tak berlagulah..

So siapa tau bagaimana cara-cara extra untuk kita elakkan Instagram daripada dicerobohi atau dihacked bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah ya. Moga perkongsian anda dapat memberi manfaat kepada ramai orang.

Note: Ada yang nak tau macamana nak tambah followers IG dan nak buat duit dengan IG tak? eBook ini ada menjelaskan cara-caranya (boleh klik banner di bawah):

51 comments

    • sohoque 25 July, 2016 at 12:12 Reply

      hahahah.. jangan bro.. ada yg tak femes pun kena hacked.. hackers nak test power.. dia try yang tak femes dulu. lps berjaya baru try yg femes pulak

  1. Cik Ummi 26 August, 2016 at 19:21 Reply

    Oleh kerana ig sy xde ape sgt, mungkin xde la nk nangis berlagu bagai kot kalau kne hacked.
    TAPI kalau blog yg kne hack, walaupun xde ramai followers, ya, itu sy nangis sbb lagi byk kenangan kt dlm blog bbanding ig. huhu

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: