menduduki ranking pertama enjin carian google memang menjadi idaman bloggers

Bagaimana Keyword Popular Dan Keyword Tak Popular Memberi Kesan Kepada Trafik Blog

menduduki ranking pertama enjin carian google memang menjadi idaman bloggers

menduduki ranking pertama enjin carian google memang menjadi idaman bloggers

“Bang, blog saya bukan ada apa pun. Tapi tengok keyword ni. Entri saya duduk kat 1st page tu…”

Satu hari rakan daripada salah satu group whatsapp saya menaip mesej dengan nada sedikit kehairanan.

Aku minta keyword yang dikatakannya dan taip di new incognito window pada aplikasi google chrome iphone enam campur (iphone 6 plus) aku. Memang ternyata entrinya duduk di 1st page Google. Bukan itu saja. Entrinya menduduki ranking pertama.

Tetapi keyword yang dimaksudkan adalah keyword tidak popular. Dan jumlah carian keseluruhan hanya sedikit. Maksudnya tidak ramai pengguna internet mencari akan keyword yang dimaksudkan itu.

Untuk pengetahuan, jika anda mencari sesuatu keyword di kotak carian google, hasilnya nanti anda boleh lihat berapa ramai orang mencari sesuatu di kotak carian google menggunakan keyword tersebut.

Untuk entri ini saya membuat contoh dengan manulis satu entri dengan menggunakan blog blogspot saya. Memang blog ini saya wujudkan untuk menguji teori-teori tentang seo.

Saya telah tuliskan satu entri merapu dengan menggunakan keyword “sohoque hensem”. Keyword yang unik dan orang tidak cari.

sohoque hensem

Hanya beberapa minit setelah diterbitkan entri ini terus berada di ranking pertama (turun ke ranking ke 2 selepas seminggu) enjin carian google. Namun jumlah carian hanya 18,200.

Aku ambil contoh keyword “resipi ayam masak kicap” pula. Keyword ini pernah membawa entri ini menduduki ranking pertama selama beberapa bulan. Sekarang ini pun masih berada di mukasurat pertama enjin carian google iaitu di ranking no 4 pada masa entri ini ditulis.

Jumlah carian keyword ini adalah lebih tinggi iaitu 144,000 carian. Maka persaingan menjadi semakin sengit. Sebab itu keyword ini mengambil masa hampir 2 minggu untuk berada di mukasurat Pertama google.

resipi ayam masak kicap

Jika anda boleh menempatkan diri di mukasurat pertama enjin carian google untuk Keyword yang mempunyai jumlah carian yang tinggi, ia akan memberikan anda berkali ganda jumlah trafik berbanding dengan anda berjaya menduduki ranking pertama untuk keyword yang tidak popular.

Konklusinya anda boleh menjadi juara di ranking pertama di muka surat pertama enjin carian google jika anda menggunakan keyword yang tidak popular ataupun keyword yang unik.

Tapi janganlah mengharapkan trafik yang banyak datang daripada keyword yang tidak popular tersebut. Sebab tidak ramai orang yang mencari keyword tersebut. Seperti contoh di atas. Siapalah yang akan mencari keyword “sohoque hensem” tu melainkan Sohoque sendiri yang perasan dirinya hensem.

Jadi kalau rakan-rakan bertanya bagaimana nak naikkan keyword supaya berada di muka surat pertama (first page) di enjin carian google, jawab saya senang saja. Aturkan keyword yang unik di dalam entri. Keyword yang tak ada orang cari. Lepas tu taip keyword tu di kotak carian google. Tengok hasil. Pasti entri anda menduduki ranking teratas.

Cuma soalan seterusnya perlu ditanya. Untuk apa berada di tempat pertama sedangkan ianya tidak menyumbang trafik. Itu dinamakan keyword “syok sendiri”.

Jadi belajarlah cara-cara bagaimana untuk kita nak menaikkan entri kita dan berada di mukasurat pertama enjin carian google. Kat mana nak belajar? Nak panduan ebook SEO pun ada. Nak hadiri kelas asas SEO yang yurannya berpatutan, ada sokongan seumur hidup dan bermacam bonus yang menarik pun ada.

Keluarkanlah sedikit belanja untuk belajar ilmu. Jangan kedekut untuk belajar ilmu. Kos yang sedikit tersebut dalam masa sekejap sahaja akan memberi pulangan kepada kita dari segi pendapatan blog, jumlah trafik, dan sebagainya. Saya dah alaminya selepas belajar semua ini.

Ambil contoh blog bernichekan Food dan Travel saya. Dalam masa 5-6 bulan sahaja, jumlah pelawat unik (unique visitor) telah melebihi 1000 orang sehari. Semuanya hasil daripada ilmu-ilmu ini.

Jom melangkah kehadapan dengan mantapkan diri dengan ilmu blogging. Takut, berlengah, terlalu banyak berfikir untuk kehadapan akan membuatkan kita membazir masa dengan berada di tahap yang sama terlalu lama. Masa tidak menunggu kita.

23 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: