Bagusnya Rakyat Kelantan

Allahuakbar…

Respek sungguh aku kepada rakyat Kelantan dalam bab ni. Daripada sultannya yang zuhud, menteri besarnya yang bertaraf ulama’, sekarang tengok la rakyatnya… Mereka ini bersembahyang dahulu sebelum perlawanan bolasepak berlangsung. Alhamdulillah.

Kenapa berita sebegini tidak diwar-warkan dalam suratkhabar? Sepatutnya gambar-gambar macam ni la yang dimuat dalam berita. Agar menjadi pendorong kepada orang lain untuk turut bersolat sama. Baru la ada keberkatan.

Jika kita perhatikan, dalam sesuatu perlawanan bolsepak, berapa kerat sahaja yang bergegas menunaikan fardhu solat. Kebanyakannya tenggelam dengan lagha (kealpaan). Menyebut tentang ini saya teringat kepada cerita kawan saya.

Kawan saya ni menjadi “orang besar” di bank Standard Chartered. Seperti yang kita ketahui Standared Chartered adalah penaja kepada pasukan liga perdana Inggeris iaitu Liverpool (Pasukan kesayangan saya ni… 😆 ). Semasa mesyuarat dengan komiti pematuhan syariahnya ada cadangan daripada anggota mesyuarat supaya ditambah perkataan “saadiq” pada jersey Liverpool itu. Ini supaya Standard Chartered “Islamic banking” turut dapat dipromosi sekali.

Namun cadangan tersebut ditolak oleh komiti pematuhan syariahnya yang pada masa itu diketuai oleh seorang Ustaz pakar mualamat Islam yang amat kita kenali. Hujah beliau ialah aktiviti perlawanan bolsepak termasuk dalam aktiviti yang tidak islamik. Ini kerana ramainya orang yang akan terlepas solat dengan menghadiri perlawanan bolasepak. Sebab yang lebih konkrit daripada itu ialah perlawanan bolasepak ini mendedahkan kepada aktiviti judi yang besar seperti bookie bolasepak dan sebagainya. Jadi cadangan untuk meletakkan perkataan “saadiq” ditolak”. Wallahua’lam.

Dalam perkara ini, marilah kita sama-sama mencontohi para peminat bolasepak Kelantan ini. Bumi tuhan adalah suci. Kalau nak lapik, lapiklah dengan banner atau apa-apa kain yang dibawa. Janji, “tiang agama” jangan dirobohkan.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: