More

    Baru Setahun Jagung Dah Ada Orang Nak Belajar Bina Blog

    Warning: Entry ni nampak macam aku riak sikit. Tapi bukan itu tujuan aku buat entry ni. Ia adalah lahir dari hati aku. Kalau nak kata aku riak, sila tinggalkan entry ini dan pergi ke entry-entry yang lain. Terima kasih   😛

    Aku baru 10 bulan menceburi bidang penulisan blog secara suka-suka. Pelawat pun antara adalah 500k – 600 orang jer sehari (UV). Pernah la satu hari tu sampai satu ribu lebih. Itu pun sebab aku tertulis tentang tajuk kontroversi menyentuh tentang perpaduan kaum dan agama.

    Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah walaupun baru setahun jagung dah ada orang nak belajar bina blog. Dengan ertikata lain dah ada orang yang percaya untuk jadikan aku seorang guru.

    Aku didatangi oleh seorang pengusaha cup cake untuk mengajarnya membina satu blog untuk dia memasarkan produk cup cake nya. Aku bertemu secara kebetulan sebenarnya di sebuah restoren mamak. Pada masa itu aku sedang menunggu appointment yang seterusnya. Sudah menjadi kebiasaan aku, jika ada ruang diantara appoinment, aku akan menghabiskan masa untuk updatekan blog aku disampaing menyumbangkan satu dua entry baru. Jika ada masa lagi aku akan buat blogwalking ke blog-blog yang tersenarai di page INI

    Beliau duduk di meja sebelah mejaku. Aku yang sedang asyik mengemaskinikan blog ku terasa macam ada orang yang memerhatikan. Macam perasan jer sikit 😆

    “Adik buat blog ek?” sapanya.
    “Haah la kak, mana akak tau” balasku.
    “Boleh akak tengok blog u?” tanyanya lagi.
    “Alah, blog biasa jer kak. Merapu meraban jer. Lagipun saya budak baru belajar” jelas saya keseganan sambil menolak laptop saya kepadanya.
    “Eh okay la ni. Semalam akak ada jumpa satu syarikat yang buat website dan blog. Akak dah bersetuju verbally untuk bayar diorang untuk designkan blog untuk akak” ceritanya tanpa aku minta.
    “Berapa ratus diorang caj akak?” tanyaku.
    “Rm1500. Lepas diskaun rm950.00”, katanya.
    “Murah la tu. Kan?”Ajunya padaku.

    Aku terus terang bagitau. Sebenarnya aku tak tau pun berapa normal fee yang web designer ni caj kat pelanggan diorang. So kalau tanya aku tentang murah ke mahal fee yang kenakan, aku memang tidak tau. Dulu sebelum aku belajar bina blog ni aku ada minta tolong seorang kawan lama buatkan. Dia memang buat bisnes web designer disamping photography. So, aku minta la quotation selepas berbincang apa yang aku nak dalam web tersebut. Terkejut aku bila dia emelkan quotation. RM3500. Selepas diskaun kawan-kawan dia kurangkan kepada Ram2500. Aku tengok quotation tu tanpa apa-apa komen. Sebab aku tak tau kadar caj untuk web designer kat Malaysia. Tapi jauh di sudut hati aku, aku nampak bahawa bisnes ini adalah salah satu bisnes yang boleh dapatkan duit yang agak lumayan. Janji kita minat dengan kerja tu.

    Selepas itu la aku mula cari jalan untuk belajar membina laman web dan blog. Aku mulakan dengan membuat web group unit trust aku iaitu www.synergyplanner.com. Masa itu aku gunakan joomla untuk website tersebut. Setahun selepasnya web tersebut tidak aktif lagi dan domainnya pula expired. (sila ke SINI untuk ke blog Synergy Planner Group yang baru)

    Lalu aku beralih kepada WordPress. Ini dicadangkan oleh kawan-kawan facebook aku. Semuanya aku belajar dengan “pakcik google” yang tidak pernah jemu menjawab segala persoalan aku. Cuma kadang-kadang aku jer yang tak pandai nak tanya. Pembelajaran sendiri dengan pakcik google, aku terpaksa banyak menggunakan approach “try and error”. Hasil pembelajaran selama 3 minggu iaitu 2 jam di setiap malam sebelum tidur, terhasil lah satu blog yang sungguh naif. Sungguh basic. Tapi alhamdulillah. Aku berjaya akhirnya membina sebuah blog siap sekali dengan domain dan web hosting berbayar. Jadi lahirlah sohoque.comyang sungguh kering kontang.

    Selepas itu aku berjaya mengikuti percutian luar negara yang dibuat khas oleh syarikat unit trust tempat aku bernaung. Ia dianugerahkan kepada para consultant yang berjaya mencapai target jualan yang telah ditetapkan. Di sini aku berjumpa dengan MrJocko, seorang blogger yang gila glamer yang telah menceburi bidang ini selama lebih kurang 3 tahun. Dia juga kawan kepada blogger kelas atasan iaitu eyriqazz. Melalui mrjocko, aku mengenali nuffnang dan sedikit sebanyak tentang dunia blogging.

    Oh ya berbalik kepada cerita akak tadi. Dia tanya aku berapa aku biasa caj orang untuk belajar buat blog. Aku hampir tergelak mendengar pertanyaan tadi. Tak sangka baru setahun jagung dah ada orang nak belajar bina blog daripada aku. Aku tersenyum dan berkata bahawa aku ni blogger picisan sahaja dan aku belum pernah pun ambil upah untuk buat blog dan mengajar orang buat blog. Dia kata tidak mengapa mana tau kot-kot harga aku lebih murah daripada harga tadi.

    Aku cuba test market: “Kalau saya ambil RM500 ok ker?”

    Dia kata: “Ok sangat la tu dik. Separuh dari harga syarikat tu caj akak.”

    Saya lalu menarik nafas panjang dan menerangkan dengan sebetul-betulnya. Saya katakan bahawa saya ni masih baru dan masih belajar tentang pembikinan blog ini.

    “Kalau akak nak betul-betul buat blog ni saya boleh ajar akak. Akak belanja saya teh tarik mamak jer. Tapi akak kena minat la. Sebab hanya minat yang mendalam akan menolong akak cepat belajar” kata saya kepadanya yang nampak semakin berminat.

    Dia kata dia tak ada basic yang mana saya katakan itu semua boleh belajar janji ada minat. Sebab saya sendiri pun tiada basic dalam pembikinan blog. Cuma saya bagitau yang saya hanya boleh ajar basic untuk wujudkan satu blog. Dari segi updates blog dia kena buat sendiri lah. Sebab saya ada bisnes utama saya iaitu unit trust dan takaful. So, kat sini dia kurang setuju sebab dia cakap dia memang tak pandai dan tiada masa. So, saya kata padanya, kalau macam tu eloklah akak hire web designer tadi sebab dia akan buat semuanya tu. Termasuk updating blog. Mungkin ada lah caj tambahan sikit. So dia kata dia akan fikirkan benda ni dan akan bagitau saya sedikit masa lagi

    Moral of the story, bisnes buat blog ini ada demandnya. Akan sentiasa ada orang yang nak buat blog atau laman sesawang untuk syarikat ataupun perniagaannya. Juga hanya sekadar suka-suka expreksikan idea nya. Tambahan pula hobi blogging sudah menjadi hobi yang biasa terutama untuk pelajar-pelajar pengajian tinggi.

    So, aku pun ingat nak belajar lah secara rasmi ilmu blogging ni. Lepas dah terer boleh aku buat tutorial class kepada yang nak tau cara buat blog dan web. Siapa tahu syarikat-syarikat yang ada buat kelas ni? Kalau boleh biarlah syarikat yang establish yang aku boleh dapat sijil yang diiktiraf. Lepas belajar nanti bolehlah aku share dengan orang ilmu blogging dan boleh jana income sikit-sikit. 🙂

    Tak sangka ya. Baru setahun jagung dah ada orang nak belajar bina blog. Tahniah untuk diri aku sendiri.

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge