Belilah Jersey Original

 

Siapa ingat jersey bola ni? Ini adalah jersey bola France semasa FIFA World Cup Championship 1998 yang diadakan di Perancis.

Berikut adalah pemenang di pertandingan tersebut:

  • Johan: France
  • Naib Johan: Brazil
  • Tempat ke-3: Croatia
  • Tempat ke-4: Netherlands
  • Adidas Golden Ball: RONALDO (BRA)
  • Adidas Golden Shoe: Davor SUKER (CRO)
  • Yashin Award for the Best Goalkeeper: Fabien BARTHEZ (FRA)
  • Best Young Player Award: Michael OWEN (ENG)
  • FIFA Fair Play award: England, France
  • FIFA Award for the Most Entertaining Team: France
Les Bleus yang dipimpin oleh Zinedine Zidane telah berjaya menjadi johan dengan menewaskan Brazil i perlawanan akhir.

 

So, apa kaitannya dengan jersey di atas? Jersey di atas ada cerita dia tersendiri. Masa ni aku sedang mengikuti kursus Latihan Amali (Practical Training) dan aku di tahun 3 pengajian di Universiti. Untuk Practical Training tu aku dibayar sebanyak RM300 sebulan.

 

Nak jadi cerita, dek semangat punya pasal, aku dan dua orang lagi kawan aku iaitu Fasyan dan Wong decided untuk beli jersey. Kami bertiga memang sokong pasukan Perancis. Dan kami adalah puak minoriti kerana rata-rata rakan yang lain support Brazil. Kami beli jersey France yang ori. Pada masa tu tak der lagi jersey Tripple A macam sekarang ni. Harga dia pada masa tu ialah RM250. Ngam-ngam dapat elaun pagi tu sebanyak RM300, petang tu selepas habis waktu kerja terus sambar jersey berharga RM250. So, tinggal la duit elaun sebanyak RM50. Tapi tak per, semangat punya pasal, apa ada hal.. 😆

 

Malam tu kami berkumpul ramai-ramai depan TV. Aku tak berani nak sorak kuat-kuat sebb takut kena kutuk oleh penyokong Brazil. Tapi bila France dah score, punyalah kuat kuat aku bertempik.. hahahaha. Masih terngiang-ngiang peritiwa itu sampai sekarang.

 

Yang paling aku puashati, jersey tu (yang dibeli pada tahun 1998) masih agi kelihatan baru. Aku masih lagi pakai untuk bersiar-siar. Lihat saja photo di atas.

 

So, moral of the story ialah, belilah jersey yang original.

 

nota sohoque:
jersey world cup bebaru ni, aku beli jersey Spain, Tripple A grade. sekarang logo kat lengan dah terkoyak dah..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: