Berbisnes Biarlah Jelas

jualan langsung

Cara mendekati pelanggan seperti yang selalu digunakan oleh pengamal direct selling perlu diperbaiki

Kalau nak berbisnes biarlah jelas. Barulah orang yakin dengan perniagaan kita. Ini tidak. Nak ajak kita sertai bisnes mereka tetapi cara mendekati pelanggan tidak betul.

Apa yang aku perhatikan cara ini banyak digunakan oleh syarikat direct selling ataupun MLM. Cara menjemput prospek dengan tidak memberitahu dengan jelas tentang objektif jemputan seperti sudah menjadi cara biasa mereka. Bukan sahaja yang terkena, ada beberapa sahabat yang lain pun sudah terkena.

Perkara inilah yang aku alami malam tadi.

Sudah menjadi rutin kerja aku sebagai financial consultant ini banyak berjumpa dan berbincang tentang perancangan kewangan dengan orang ramai. Ada yang aku hubungi dan menetapkan temujanji. Ada yang sukarela menghubungi aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perancangan kewangan ini.

Tugas aku selain daripada mencari klien untuk dipersembahkan tentang perancangan kewangan, aku juga mencari prospek financial consultant yang baru untuk aku bawa masuk dan didik sehingga berjaya di dalam industri ini. Mereka ini lah yang akan membesarkan lagi agency aku, Synergy Khalifs Advisor.

Kejadian malam semalam membuatkan aku nak berkongsi cerita ni kepada pembaca blog sohoque.com sekalian.

Tup.. tup.. aku menerima mesej peribadi melalui facebook 3 hari yang lepas. Penghantar mesej tersebut adalah merupakan sahabat aku yang juga merupakan pelajar junior semasa di sekolah menengah dahulu. Aku pernah berjumpa dengan dia sekali beberapa tahun yang lalu selepas tamat persekolahan. Pada masa itu ada reunion sekolah kalau tak silap aku.

Mesej dia pada aku kali ini bertanyakan khabar tentang kerja aku dan lain-lain hal peribadi. Kemudian dia ada menyatakan ingin berjumpa dengan aku untuk mendengar perkongsian aku di dalam bisnes yang aku ceburi ini sejak 10 tahun yang lalu.

Aku bersetuju pertamanya sebab dia kawan aku. Dan aku pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa. Kami pun menetapkan janji temu pada malam semalam di Petaling Jaya. Tempat yang ditetapkan pun kurang jelas. Pelik juga aku rasa. Tapi aku masih lagi berfikiran positif.

Sudah menjadi amalan aku di dalam berbisnes, aku akan sampai dahulu sebelum prospek klien aku sampai. Malam semalam aku sampai setengah jam awal daripada masa yang ditetapkan.

Pelik. Kawasan tersebut tiada pun restoren seperti yang aku sangkakan. Aku sangkakan jika kawan ajak minum mestilah projek ngeteh dilakukan di restoren mamak dan sebagainya.

Mengesyaki sesuatu, aku menulis mesej kepadanya menggesa supaya dia berterus terang tentang temu janji ini. Nak bincang pasal apa sebenarnya. Nak tanya tentang perancangan kewangan daripada aku ke ataupun nak menterjebakkan aku ke dalam bisnes dia. Berbisnes biarlah jelas. Ini macam ada udang disebalik batu je.

Di dalam mesej balasan dia memberitahu memang dia tetapkan temu janji tersebut untuk membuat persembahan tentang bisnes yang dia baru ceburi. Aku agak ini semacam bisnes direct selling. Ada dia bagi nama bisnes dan syarikat dalam mesejnya untuk aku cek.  Hendak minta pendapat aku katanya. Tapi aku memang dah tak ada hati nak periksa bisnes tu kat internet.

Naaah!!! Patut la aku rasa lain macam je. Ini lah udang di sebalik batunya!!!

Aku memang tak suka benda-benda macam ni. Kalau nak buat bisnes kenalah betul-betul dan professional. Berbisnes biarlah jelas. Ya tak?

Kalau produk kita betul-betul bagus dan boleh memberi manfaat kepada orang kenapa takut-takut nak berterus terang menjelaskan tentang produk kita dan tujuan menetapkan temu janji. Ini tidak, nak berselindung-selindung pulak. Patut la alamat yang aku minta untuk aku muatkan ke dalam GPS aku tidak diberi secara betul. Diberinya alamat bangunan wisma berhadapan.

Dek kerana rasa kecewa dan tertipu, aku tekad membatalkan temu janji tersebut. Aku katakan padanya yang aku masih dalam perjalanan ke situ dan dah berpatah balik kerana kecewa dengannya walaupun yang sebenarnya aku sudah berada betul-betul di depan syarikat direct selling tersebut.

kecewa dengan kawan

Kenapa dengan kawan pun tak boleh nak berterus terang.

Dia minta maaf di dalam mesej facebooknya. Aku ok je walaupun memang hampa. Seorang kawan yang merupakan junior sekolah buat aku macam ni. Apa salahnya kalau bagitau secara terus terang.

Alasannya nak minta pandangan. Alaaa come on la. Pada aku kalau hanya nak minta pandangan jumpa je kat kopitiam mana-mana. Belanja aku kopi secawan, ataupun silap-silap aku yang belanja. Mintalah pendapat kalau nak minta. Sekarung pendapat pun boleh aku bagi.

Ini tidak. Buat appoinment, tapi kat ofis. Tak ke pelik tu. kalau siang hari tak pe la jugak. Ini malam.

Nak minta maaf ok. Boleh, aku maafkan. Tapi adakah dia sedar yang dia telah membazirkan masa aku dan duit aku. Dan yang paling pentingnya dia telah merampas masa yang keluarga aku korbankan untuk aku. Isteri aku merelakan suaminya keluar malam yang sepatunya aku habiskan bersamanya demi bisnes. Anak-anak ku merelakan ayahnya yang sepatutnya mengajar mereka mengaji dan bermanja dengan mereka keluar malam demi bisnes ayahnya.

Duit yang aku habiskan dengan minyak yang telah terguna boleh aku cari semula. Aku yakin ada rezeki aku untuk itu. Tapi masa aku bersama keluarga dapat ke aku ganti? Saat-saat kemesraan aku bersama keluarga yang dirampas dek kerana appoinment yang tidak jelas tujuannya dapat ke aku luangkan kembali.

Kepada sahabat aku, harap-harap jadikan la ini sebagai satu pengajaran buat mu. Apa yang kau buat pada aku tolong jangan lah buat pada orang lain.

Berbisnes biarlah jelas. Baru orang suka kepada kita dan syarikat serta produk kita. Memang aku tulis entri ni untuk kau baca. Tak perlulah aku tuliskan nama dan nama syarikat tersebut. Cukuplah apa yang terbuku dihati aku dapat aku luahkan. Dan cukuplah apa yang kau baca ini dijadikan pengajaran untuk kau berbisnes di kemudian hari.

Memang menjadi amalan aku akan memaafkan setiap kesalahan orang pada aku sebelum aku tidur. Tapi harapan aku janganlah benda ni terjadi kepada orang lain. Berhemah dalam berbisnes amat penting dalam menjaga imej perniagaan kita.

Selepas ini kalau betul nak minta pandangan aku tentang bisnes tersebut hubungilah aku. Tapi biarlah kau yang ceritakan tentang bisnes itu. Carilah kopitian ke, restoren mamak ke untuk sesi ngeteh. Aku boleh bagi pandangan.

Berbisnes biarlah jelas bro…. Peace yo!

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: