angka sokongan kepada kibaran tenaga milo

Beri Sokongan Moral Kepada Juara Dengan Kibaran Tenaga Milo

Milo memang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia telah lama bertapak di negara kita. Dari kecil kita dah kenal minuma;n Milo. Masih ku ingat masa di sekolah rendah dulu antara perkara ataupun saat yang aku suka adalah apabila datangnya van Milo ke sekolah untuk membahagikan minuman Milo secara percuma.

air milo bergerak

Van Milo yang terkenal telah diwujudkan sejak puluhan tahun dulu sejak aku sekolah rendah

Menyentuh berkenaan van Milo ni, terus terang aku katakan bahawa aku belum terjumpa bancuhan air Milo yang sesedap bancuhan van Milo. Rasanya memang lain macam. Memang tak puas kalau minum satu gelas. Dan rasa tersebut tak pernah berubah kalau tak silap aku sejak aku sekolah rendah sehingga sekarang.

Milo memang pemangkin kepada pembangunan sukan di Malaysia. Tajaan demi tajaan dihulurkan kepada pembangunan sukan negara. Yang terbaru Milo telah melancarkan kempen inisiatif Kibaran Tenaga Milo untuk menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama menyatakan ikrar sokongan mereka kepada kontingen Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk berjuang di Sukan SEA ke-277 di Myanmar.

Di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia boleh menyuarakan sokongan mereka dengan cara melayari laman web Milo. Di dalam web tersebut ada obor maya. Dengan hanya satu klik anda boleh manambahkan nyalaan obor tersebut dan menambahkan bilangan rakyat Malaysia yang menyatakan ikrar sokongan. Di saat entri ini di tulis sudah ada 265,339 rakyat Malaysia prihatin yang menyokong kontingen negara ke Sukan SEA.

angka sokongan kepada kibaran tenaga milo

Sokongan kepada obor maya kibaran tenaga Milo kian meningkat dari hari ke hari. Syabas rakyat Malaysia!

Kepada yang menggunakan smartphone, anda boleh menyertai kempen ini dengan hanya scan QR Code di bawah ataupun yang terdapat dalam laman web Milo.

QR Code

Kepada pengguna smartphone, boleh guna QR Code untuk tujuan sokongan kepada kempen kibaran tenaga milo

Milo mensasarkan 2.7 Juta penyokong maya menjelang berlangsungnya Sukan SEA ke-27 ini. Rakyat Malaysia juga boleh menyatakan sokongan mereka dengan memberikan kata-kata semangat melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #MILOforMALAYSIA.

Di dalam majlis pelancaran kempen ini yang diadakan pada 6 November 2013 di Surian Tower 2013, Alois Hofbauer, Region Head, Nestle Malaysia and Singapore, berkata:

“perjalanan yang dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan ia adalah amat penting bagi mereka untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada seluruh negara untuk menyemarakkan semangat mereka bagi menempuh perjalanan yang mencabar ini, lantas memberikan mereka tenaga untuk melangkah jauh di kejohanan Sukan SEA ke-27 ini.”

Majlis pelancaran kempen kibaran tenaga milo di Surian Tower

Majlis pelancaran kempen kibaran tenaga milo di Surian Tower

Beliau juga merupakan orang yang pertama yang diberi penghormatan untuk menyalakan obor maya.

Turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut adalah Chef de Mission, Kontinjen Malaysia iaitu Dato’ Wira Amiruddin Embi. Beliau mengulas di dalam ucapannya:

“Memandangkan tarikh perjuangan atlet kita di kejohanan Sukan SEA semakin hampir, selain daripada menerima latihan intensif, adalah penting bagi atlet kita untuk turut menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia”

press conference

sidang media majlis kempen kibaran tenaga Milo

Milo akan menggerakkan Trak Tenaga yang dikenali ramai keseluruh negara untuk membantu kempen ini. Banyak aktiviti yang akan dianjurkan oleh Milo di pasaraya-pasaraya dan pasaraya besar yang terpilih.

berlari sambil bawa obor

Larian obor turut diadakan di akhir majlis Kempen Kibaran Tenaga Milo

Ayuh rakyat malaysia. Nyatakan sokongan anda dengan nyalaan obor maya dengan Kibaran Tenaga Milo.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari: www.milo.com.my/seagames.

 

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: