Berita Tentang iPhone 5

Peminat jenama Apple ataupun iPhone khususnya tentunya tidak sabar-sabar menunggu iPhone 5 dikeluarkan. Jangkaan sebelum ini ia akan dikeluarkan pada musim panas tahun ini tetapi meleset apabila Apple pada tahun lalu menggeluarkan iPhone 4s dan bukan iPhone 5.

Banyak spekulasi terutamanya tentang apakah ciri-ciri terbaru iPhone 5 ini dan apakah yang akan menjadikannya istimewa berbanding dengan siri sebelumnya dan juga berbanding dengan telefon lain khususnya daripada Android yang menjadi pesaing utamanya.

Ada berita daripada AppleInsider, yang membongkarkan bahawa akan ada dua kelainan utama pada Iphone 5 iaitu:

  • Ia akan menggunakan skrin 4.6 Inci
  • Ia juga akan menggunakan ‘retina display’.

Saiz skrin ini sebenarnya sangat berbeza dengan Iphone biasa yang hanya berukuran 4 inci saja.

Dengan saiz skrin baru dan retina display, Iphone 5 akan mempunyai desitas sebanyak 300 pixel per inci apabila digunakan pada jarak 10 hingga 12 inci.

Ia juga akan disertakan dengan ciri istimewa yang telah dipatenkan iaitu ‘binding protocol’. Ciri ini akan membantu memudahkan pengguna menghantar fail, gambar, video, dan data lain. Dan istimewanya penghantaran ini boleh dibuat pada rakan berbual ketika kita sedang menelefon.

Sebenarnya pengeluaran iPhone 5 ini sehingga kini lebih bersifat khabar angin. Apple belum mengumumkan sebarang berita sama ada ia akan mengeluarkan model berkenaan atau tidak. Ditambah pula dengan kematian pengasas bersama, pengerusi, dan ketua pegawai eksekutif Apple Inc., Steve Jobs, pemerhati berpendapat Apple sudah tidak lagi innovatif seperti dulu.

Namun terdapat laporan daripada Reuter, iPhone 5 ini dijangka akan dikeluarkan pada kuarter kedua 2012.

Pesaing-pesaing terdekat seperti LG dan Samsung juga belum memberi sebarang komen.

Sumber:

http://mynewshub.my

http://malaysiandigest.com

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: