Berjanggutlah Wahai Lelaki…

photo orang berjanggut

gambar ihsan dari www.muzir.wordpress.com

Adakah anda simpan/memelihara janggut?

Sebenarnya berjanggut ini juga adalah salah satu sunnah nabi saw. Orang lelaki (Ar-rijaal) ni kalau disebut sunnah nabi selalunya bab kahwin lebih dari satu yang akan terbayang dahulu. Orang lelaki tempat lain maksud saya.. bukan yang baca posting saya ni 😆

Oleh kerana ianya sunnah nabi, jika kita ikuti dengan niat mengikut sunnah nabi yang kita cintai, maka sesungguhnya kita akan mendapat pahala, insyaAllah. Macam saya ni, untuk ikuti sunnah yang berat-berat mungkin saya tidak mampu lagi.  Ikut sunnah kahwin lebih pun saya tak mampu. Jadi saya ambil keputusan untuk ikut sunnah yang ringan seperti ini dahulu.

Berjanggut sebenarnya bukanlah bermaksud mesti menyimpan janggut tanpa dijaga. Janggut jika kena caranya, dijaga, dan dirapi akan menambahkan seri pada kaum lelaki. Nampak macho sedikit mungkin.. 😉

Ada beberapa hadith daripada Rasulullah saw tentang memelihara janggut ini. Antaranya:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Saya ada terbaca di sebuah laman web yang mengatakan Rasulullah tidak pernah mencukur janggutnya.

Berjanggut ini walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna. Kalau tidak, masakan ada hadith tentang janggut. Kata-kata Rasulullah kan daripada Allah. Yang paling penting niat. Niatkan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah kekasih Allah.

Apabila niat itu betul nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Wahai lelaki, berjanggutlah.

 

gambar ustaz azhar idrus berjanggut

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang berjanggut

Sumber

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: