Bersama Kita Membantu Mangsa Bencana Taufan Haiyan

kemusnahan yang teruk akibat bencana alam Taufan Haiyan

Taufan Haiyan yang melanda negara Filipina 2 minggu yang lalu adalah antara bencana alam yang terdahsyat. Bencana alam yang berlaku pada 8 November 2013 ini setakat ini telah menyebabkan kemusnahan yang amat teruk kepada penduduk yang terbabit. Dianggarkan 20,000 penduduk mengalami kecederaan yang harus dirawat segera, 5,235 orang dilaporkan telah meninggal dunia dan angka ini meningkat dari hari ke hari. 1,600 penduduk masih tidak berjaya ditemui dan dilaporkan hilang. 800,000 penduduk telah diarahkan supaya meninggalkan rumah mereka yang sudah tidak kelihatan seperti rumah akibat musnah dilanda bencana alam ini.

kemusnahan yang teruk akibat bencana alam Taufan Haiyan

Keadaan bertambah teruk apabila bekalan air telah tercemar. Ia mungkin boleh menyebabkan cirit birit ataupun taun. Luka-luka kecederan jika tidak dirawat segera akan menyebabkannya melarat dan menjadi bertambah teruk.

Sesungguhnya mangsa bencana alam ini amat memerlukan bantuan kita. Bantuan makanan dan ubat-ubatan menjadi perkara wajib untuk masyarakat dunia sumbangkan. Mereka ini sudah kehabisan bekalan makanan. Jika kita lihat di kaca television, betapa mereka terpaksa menyerang helikopter penghantar bantuan makanan sebelum helikopter sempat mendarat dengan betul. Semuanya gara-gara terlalu lapar akibat kehabisan bekalan makanan.

Luka kecederaan mereka harus segera dirawat. Ada diantara mereka yang lukanya sudah melarat akibat tidak dirawat dan keadaan yang kotor. Ini semua memerlukan tindakan segera. Ubat-ubatan harus segera dihantar.

Semua bantuan ini disertakan dengan kos-kos tertentu. Oleh itu jika setiap daripada kita sudi menyumbangkan sedikit bantuan kewangan, bantuan anda itu amat dihargai. Ada banyak saluran yang boleh digunakan untuk menyumbangkan bantuan kewangan. Antara yang mengambil inisiatif membuka peluang untuk kita membuat sumbangan ialah Nuffnang, sebuah syarikat peneraju pengiklanan di Asia Pasifik.

Bermula 25 November 2013 sehingga 22 Disember 2013, Nuffnang akan menganjurkan kutipan derma untuk disalurkan kepada kerja-kerja pemulihan mangsa bencana alam Taufan Haiyan.
Kepada blogger yang pernah mendapat hasil daripada iklan daripada Nuffnang ini, mereka boleh mendermakan sebahagian hasil pendapatan mereka daripada iklan Nuffnang dengan menyumbangkan kepada mangsa bencana alam Taufan Haiyan di Filipina.

Caranya amat mudah. Jika anda membuka akaun Nuffnang anda, anda akan dapati ada satu imej tentang derma mangsa taufan haiyan. Hanya klik pada imej tersebut, anda akan dibawa ke dashboard yang mana anda boleh memilih untuk mendermakan samada RM5, RM10, RM25 dan RM50 daripada pendapatan Nuffnang anda.

Imej yang anda akan dapati di dashboard akaun Nuffnang anda untuk diklik dan menderma

Imej yang anda akan dapati di dashboard akaun Nuffnang anda untuk diklik dan menderma

pilihan derma untuk mangsa bencana Taufan haiyan

Selepas anda menyalurkan derma anda, satu emel pengesahan akan menyusul menandakan derma anda sudah diterima.

haiyan donate

Selepas menderma sudah pasti anda akan mendapati akaun pendapatan Nuffnang anda telah dipotong sebanyak jumlah yang anda dermakan tadi.

Jom menderma untuk membantu mangsa bencana alam tersebut. Semoga dengan usaha kecil kita ini, tuhan akan ganjari dengan pulangan yang lebih besar lagi. Anggaplah membantu mangsa bencana alam Taufan Haiyan ini sebagai tanggungjawab kita sesama manusia.

Jom menderma. Sesungguhnya mangsa taufan haiyan memerlukan bantuan kita.

8 comments

  1. Anuar 27 November, 2013 at 08:51 Reply

    Subhan Allah… Dahsyat betul penangan Taufan Haiyan ni… Tumpang bersimpati dengan nasib yang sedang dialami oleh mangsa… Syukur Alhamdulillah kita tinggal di Malaysia.. negara kita terselamat daripada bencana alam besar macam ni…
    Anuar recently posted..WW : 5 Mini Contest SekaligusMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: