Blog-Blog Kepunyaan Blogger-Blogger Otai Diserang Virus Malware

Blog Mr Jocko yang di blocked akibat serangan pengganas malware.

Keheningan dan kedamaian pagi ku semalam dimusnahkan oleh sedikit kekecohan serangan pengganas malware ke atas blog-blog kepunyaan blogger-blogger otai.

Alkisahnya aku mula sedar tentang blog-blog yang diserang ini ialah semasa aku sedang bersarapan di kedai mamak. Sampai menyuap nasi lemak, mataku melilau membaca status-status rakan-rakan Facebook secara sepintas lalu.

Tiba-tiba aku terpandang status KID yang mengatakan blognya agak perlahan pagi itu. Statusnya mendapat respons pula daripada Mr Jocko yang pada ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di Muar, Johor.

Aku kemudiannya pantas melawat blog Mr Jocko. Dang!!! Memang ternyata blognya di blocked Firefox. Puas aku refresh tapi keputusan tetap sama. Kena blocked.

Sambil itu notification twitter ku juga kencang memberikan notifikasi. Salah satunya daripada blogger otai dan femes REDMUMMY. Juga memberikan khabaran tentang blog yang diserang malware.

Apabila sang mentari mula meninggi aku mendapat satu emel daripada pihak Nuffnang mengumumkan ada blog-blog yang diserang malware dan pihaknya sedang bertungkus lumus cuba mengesan masalah tersebut. Emel kedua nuffnang kemudiannya menjelaskan malware tersebut bukanlah berpunca daripada kod-kod nuffnangXnya.

Tapi yang paling bestnya, blog sohoque.com dan blog Caknawang sedikit pun tidak terjejas oleh serangan malware tersebut. Ada beberapa faktor yang menghindar blog sohoque.com dan Caknawang daripada serangan kamikaze malware. Antaranya yang aku rasa ialah:

  • blog sohoque.com dan Caknawang ialah blog yang beriman. Syaitan berupa malware tak berani masuk. Hehehe
  • malware tersebut gerun dengan tuan punya blog sohoque.com dan Caknawang yang mempunyai perut berketak 6 pax mengalahkan Abang Ensem.
  • malware tidak menyedari akan kewujudan sohoque.com dan Caknawang dek kerana kepicisannya tarafnya. Hahahaha…

Serius, sepanjang aku menjadi blogger (belum sampai setahun pun, heheheh), inilah kali pertama aku mendengar blog-blog diserang oleh samseng malware. Kejadian yang berlaku pula hampir sama waktunya dengan kejadian orang ramai diserang samseng di Gombak.

Mungkinkah ini satu konspirasi? Fikir-fikirkanlah dan selamat membaca blog sohoque.com yang kebal!!! Hehehehe.

34 comments

  1. Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah 31 May, 2013 at 13:11 Reply

    […] Lelaki kacak yang ego dan tak terkalah ini aku follow daripada tahun lepas lagi. Masa tu aku baru je ada blog sendiri. Mula-mula aku ingat dia blogger baru yang poyo macam aku jugak, tapi bila tengok banyak elemen-elemen SEO dan backlink-backlink dalam setiap entrinya aku dah mula syak yang dia ni blogger otai. […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: