Blog Fatin Liyana Best!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Tadi aku singgah makan chendol di Restoren Rojak Subang yang terletak di sebelah Public Mutual Shah Alam. Sebenarnya agenda makan chendol ini telah dirancang sehari sebelumnya bersama rakan UTC dari kuantan yang akan naik pangkat kepada GAM pada bulan hadapan. So, tadi tu dia la yang belanja. Sambil tu boleh la aku ambil aura dan ilmu daripada dia.

Sambil berborak aku terbaca dalam satu suratkhabar yang ada di atas meja sebelah tentang blogger muda Fatin Liyana. Suratkhabar tu cakap pengunjung blog Cik Fatin Liyana ni 40,000 orang sehari.

Aku pun apa lagi, terus la bukak laptop dan visit blog Fatin. Memang sedap mata memandang layout blog Fatin ni. Aku memang suka layout yang kemas dan tak nampak serabut. Di situ jugak aku boleh membaca karektor empunya blog ni.

Bahasa yang Fatin gunakan sempoi. Tak terlalu formal menyebabkan pembaca tidak terasa seperti membaca buku.

Lagi satu yang best visit blog Fatin ni ialah.. ermmm.. tuan punya blog ni cun!!! 😳  Itu yang lepas ni nak visit lagi tu.. 😆

Di dalam blog Fatin jugak tadi aku boleh tengok gambar Farah Lee, isteri Ally Iskandar TV3 yang sedang belajar di Korea dengan lebih dekat. Cun jugak isteri Ally ni. Patut la Ally rindu semacam jer kat sini. Mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan “selamat pengantin baru untuk Ally dan Farah”. Farah Lee orang GAnu tuuu. Satu negeri ngan aku tu.. hehehe.

Apa-apa pun syabas Fatin Liyana. Lepas ni aku akan jadi pengunjung tetap blog honeykoyuki.blogspot.com.

Moral of the story, kalau blog kita best dan orang suka visit, kita akan dapat promo percuma daripada visitors seperti yang aku buat kat blog Fatin Liyana ni.

Adios!!!

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: