Boikot McDonalds Untuk Hukum Yahudi, Perbuatan Salah?

boikot mcdonalds untuk hukum yahudi

Tawaran daripada McDonalds Malaysia pada hari ini 19hb November 2013

Sejak beberapa hari ni banyak gambar-gambar dan berita-berita di media massa dan eletronik termasuk Facebook dan Twitter tentang serangan dan kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Israel/Yahudi ke atas ummat Islam di negara Palestin.

Banyak aktiviti-aktiviti untuk mengecam serangan tersebut telah dilakukan. Diantaranya rapat aman (demo), solat hajat baik secara peribadi maupun dilakukan secara beramai-ramai di surau-surau dan masjid-masjid, siri ceramah, posting-posting dan perkongsian di Facebook dan Twitter. Ada juga yang menyebarkan doa minta supaya diaminkan, qunut nazilah untuk dibaca dan sebagainya.

Ada juga yang menggesa supaya kita bersama-sama memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerika syarikat seperti boikot McDonalds untuk hukum Yahudi, boikot Nestle untuk mengurangkan bantuan kewangan kepada Yahudi, boikot Coke sebagai salah satu cara untuk menunjukkan protes dan sebagainya. Cuma yang jarang kedengaran ialah saranan boikot Facebook, Twitter, Intel, Android, dan beberapa syarikat gergasi yang lain. 😆

Alhamdulillah. Masih ramai yang prihatin dan cakna akan saudara kita di Palestin yang sejak sekian lama ditindas. Sekurang-kurangnya kita patuh pada ayat Quran:

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

Dan hadith nabi SAW:

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ditengah-tengah kesibukan kita berkongsi gambar dan maklumat tentang serangan keatas rakyat palestin, banyak juga terselit status dikalangan rakan Facebook saya mempersoalkan berkenaan tindakan memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerika Syarikat seperti boikot McDonalds untuk hukum Yahudi, dan barangan buatan Yahudi dan Amerika Syarikat yang lain.

Saya menyebut berkenaan boikot McDonalds untuk hukum Yahudi ini berulangkali kerana hari ini adalah hari McDonald Malaysia membuat promosi menawarkan burger percuma untuk sarapan pagi.

Mengikut maklumat di laman rasmi McDonalds Malaysia mereka menawarkan sebanyak 200 Ribu burger percuma pada hari ini (Isnin, 19 November 2012) menerusi ‘Egg McMufin’ sempena ‘McDonalds Breakfast Day’. Kesemua cawangan terlibat dalam menjayakan promosi ini.

Burger percuma boleh diperolehi seawal jam 7 pagi sehingga jam 10 pagi, dengan syarat selagi stok masih ada. Hanya satu ‘Egg McMufin’ boleh dipesan untuk setiap pelanggan, sama ada makan di restoran, ataupun pembelian bawa pulang.

Beberapa hari yang lalu McDonalds Malaysia ada mengeluarkan kenyataan rasmi tentang keuntungannya yang tidak disalur kepada Yahudi. Ada yang hanya tersenyum dengan kenyataan ini. Ini adalah kerana memang semua sudah maklum bahawa McDonalds ini adalah rangkaian perniagaan franchise dari Amerika Syarikat. Jika perniagaan franchise akan ada amaun tertentu yang akan dibayar oleh franchisee kepada franchisornya. Yang menariknya pengumuman tersebut dibuat setelah Palestin diserang.

Orang ramai yang beratur untuk dapatkan burger percuma McDonalds. Tidak pekakah mereka ini? (Gambar ihsan dari seorang rakan Facebook)

Melalui maklumat yang saya perolehi di Facebook tadi ramai yang beratur untuk mendapatkan burger percuma tersebut dan pasukan RELA telah siap berkawal untuk menangani sebarang kekacauan seperti demonstrasi dan sebagainya.

Ada yang berstatus sinis di Facebook mempertikaikan tindakan boikot McDonalds untuk hukum Yahudi yang teramat biadap kepada ummat Islam Palestin. Soalan mereka, adakah cara ini benar-benar dapat melemahkan ekonomi Yahudi. Dan kenapa hanya McDonalds sahaja yang diboikot. Kenapa tidak boikot sama Coke, barangan Nestle, Intel, Facebook dan sebagainya? Kenapa harus boikot separuh-separuh? Perbincangan di Facebook ini mendapat reaksi dan komen balas yang meleret panjang. Ada yang setuju dan ada yang tidak.

Pendapat saya, tiada siapa betul dan tiada siapa yang salah. Orang yang boikot McDonalds untuk hukum Yahudi sudah membuat satu jihad di dalam dirinya. Tidak kiralah memang dia itu tidak meminati McDonalds atau memang dia suka makanan McDonalds. Tidak kiralah dia hanya boikot McDonalds untuk hukum Yahudi sahaja sedangkan barangan lain dia terus gunakan. Sekurang-kurangnya dengan usaha ini McDonalds lemah dan menjadi pengajaran kepadanya.

Yang mampu boikot secara total silakan. Cuma ramai yang agak susah untuk memboikot semua barangan. Ada pula yang mengatakan hendak berjihad memanglah susah. Saya setuju dan tidak setuju dengan statement itu. Pada saya, saya tidak mampu (setakat ini) untuk tidak menggunakan barangan intel, android dan sebagainya. Saya juga tidak mampu untuk tidak menggunakan Facebook (setakat ini). Ini adalah kerana saya menggunakan komputer untuk saya menulis artikel-artikel dan posting-posting untuk dakwah baik secara langsung ataupun tidak langsung. Saya bukanlah orang yang banyak ilmu agama. Tetapi saya juga tidak mahu ketinggalan untuk berdakwah.

Jadi dengan hanya LIKE page alim ulamak seperti page Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Danial, Ustaz Zahazan, Ustaz Haron Din dan lain-lain lagi, saya boleh mendapat maklumat tentang agama berupa nasihat dan ilmu. Dan saya yakin yang ilmu ini memang ilmu yang betul kerana salah satu cabaran di internet ialah cabaran untuk mencari ilmu agama yang betul. Dan saya juga boleh terus kongsikan ilmu-ilmu ini kepada kawan-kawan facebook saya.

Begitu juga dengan applikasi menulis blog samada dengan menggunakan Blogger ataupun WordPress. Dengannya saya boleh menyalurkan ilmu dan dakwah untuk pembaca membaca dan kongsikan denga orang lain. Ilmu yang bermanfaat ini yang akan menyalurkan pahala berterusan walaupun saya sudah mati. In Shaa Allah.

Untuk melayari Facebook dan update blog juga memerlukan saya menggunakan laptop/pc yang menggunakan barangan intel. Smartphone saya juga menggunakan sistem Android.

Jadi pada pandangan saya, siapa yang nak boikot barangan Yahudi dan Amerika seperti boikot McDonalds untuk hukum Yahudi silakan. Anda tahu sumbangan anda. Sesiapa yang tidak mahu boikot barangan ini jangan salahkan secara total, kerana siapa tahu mereka mungkin menyumbangkan usaha lain untuk menyokong saudara kita di Palestin. Bukan hanya boikot McDonalds untuk hukum Yahudi sahaja nilaian kepada sokongan kepada Palestin.

Berkenaan dengan sumbangan kita terhadap Islam, saya teringat akan kisah burung pipit sewaktu nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud:

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Inilah perbandingan dengan usaha untuk memboikot McDonalds untuk hukum Yahudi ini. Walaupun usaha ini mungkin tidak banyak memberi kesan kepada Israel/Yahudi, namun sekurang-kurangnya kita dapat menjawab kepada Allah bila kita ditanya tentang perkara ini di hadapan Allah kelak.

Ini adalah pandangan saya sahaja ya. Siapa pun boleh setuju atau tidak. Cuma saya tidak nafikan jika pemboikotan dibuat bersama-sama dan besar-besaran kesannya akan lebih dirasai.

Allahua’lam.

22 comments

    • sohoque 20 November, 2012 at 12:15 Reply

      cadangan yang baik drp en kulop. hehehe. kena download torrent bro. kalu tak, tak tgk movie aku. dan payah gak sinema.my nak wat review filem nanti. hehehehe

  1. daddydee 20 November, 2012 at 13:23 Reply

    jangan boikot bermusim je.

    sebab saya tengok diorang ni masa gaza kena serang baru nak bising boikot. Bila tak kena serang mereka boikot?

    Buat apapun biar ikhlas dari hati tak perlu bising. Tak gitu tuan?

  2. Malaysia Tercinta 10 January, 2014 at 18:24 Reply

    Saya tak fikir, yang boikot tu boikot bermusim, cuma bisingnya bermusim. Saya dah boikot McD dah lama dah, tak kira musim.
    Kita wajib membela orang yang dizalimi. Cara masing-masing mungkin berbeza sebab kita ada kelebihan/kekurangan/personaliti sendiri. Ada yang boikot, ada yang menulis, ada yang menderma, ada yang berdoa, ada yang organize, ada yang volunteer dan macam-macam lagi.
    Yang penting kita (diri sendiri) buat sesuatu yang positif untuk membantu, dan jangan memperlekahkan orang lain yang buat mengikut cara yang kita tak berkenan.
    Kau dengan cara kau, aku dengan caraku, tapi matlamat kita masih sama kan?

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: