Boleh Ke Aku Kerja Macam Kau?

Malam semalam, tengah aku syok melayan Facebook, tetiba aku dapat satu mesej melalui Facebook. Ianya daripada kawan aku yang masih tiada perkerjaan tetap aku rasa.

Aku sempat merakam print screen perbualan kami:

Kerja sebagai financial consultant

Boleh ke aku kerja macam kau?

Ini ringkasan perbualan ringkas tersebut (jika sekiranya gambar tidak jelas):

Kawan:

salam

cer bg cdgn mcm mana nak cri duit

hahahah

Aku: 

hahahha. cam siot jer soalan lu bro. hahaha

Kawan:

hahaha pening aku nak cri duit ni

hahahaha

Aku:

kalau tulis entri nak jawab soalan lu ni 5 entri lom tentu habis jawab

keje la bro

heheheh. merompak pon keje gak. wat blog pon keje gak.

tp yg plg best keje cam aku. siyes aku ckp

Kawan:

kalau aku mintak keje bank ok x?

hahaha

boleh ker bro keje mcm ko?

Aku:

ok je. tp aktiviti blog terhad la. pastu kena jd balaci dulu

Kawan:

balaci mcm mana tu bro?

Aku:

kalau ada kehendak nak berjaya dan dgn bimbingan yg betul ko leh jd lg hebatt

ena keje ikut arahan bos ler

jap bro. bini panggil

Kawan:

Boleh ke aku kerja macam kau bro?

Aku:

aku boleh jer. keje ikut time sendiri. tiap2 thn dpt gi oversea free. event blogger jarang trtinggal

Kawan:

huhu kena cari client kn?

senang ker cri client?

Aku:

nak kata senang x senang. nak kata susah x susah. mcm wat blog dgn tak der ilmu blog. susah la pd mula2 nak wat blog. tp bila da tau cara senang jer.. sama ngan cari klien.

sebenarnya tak yah cari pun. klien dah ada sekeliling kita

Kawan:

Yer ker bro… Ingat nak cuba gak… Susah kalau xde keje tetap ni huhu

 

Chat conversation end

Sent from Mobile

 

Pandangan aku

Ini pandangan aku yang sudah 10 tahun berada dalam bisnes Unit Trust dan Takaful ni.

Semua orang boleh berjaya dan menjadi hebat di dalam bisnes ini. TETAPI…!!! Ada tetapinya..

Orang yang ingin berjaya di dalam bisnes ni perlulah mempunyai keazaman yang kuat dan jatidiri yang tinggi berserta dengan disiplin yang kuat. Terutama di awal penglibatannya di dalam bisnes ini. Ditambah dengan perancangan dan panduan yang betul dari rakan se agensi, InsyaAllah kejayaan akan di dalam genggaman.

Buat bisnes ni memang seronok sangat. Kalau tanya aku selepas aku gred dulu, kerja apa yang paling best aku buat. Nescaya dengan pantas aku jawab: “Jadi Financial consultant dan blogger”

Kalau nak tau apa kelebihan buat bisnes ini anda dipersilakan ke blog bisnes dan finance Synergy Khalifs Advisor. Aku juga pernah berkongsi tentang kerjaya di dalam bidang perancangan kewangan di blog sohoque.com ini.

Bagi aku, menjadi Financial Consultant ini seronok sebab banyak faktor. antara kelebihan menjadi Financial Consultant ialah:

1. Waktu kerja sangat fleksibel

Walaupun kita bernaung di bawah syarikat unit trust dan takaful yang tertentu tapi kita sebenarnya kerja sendiri. Kita adalah tuan punya bisnes ni. Masa kita boleh sesuaikan dengan kedaan semasa.

Sebab itulah kalau aku ada event untuk blogger aku jarang ketinggalan. Cuma event je yang jarang-jarang jemput aku. Hahahah.

2. Pendapatan Tanpa had

Tak ada istilah had gaji syiling dalam bisnes ni. Siapa yang berusaha lebih akan dapar pendapatan yang lebih. Pendapatan juga kita boleh rancang berapa RM yang kita mau setiap bulan.

Itu belum diambil kira pendapatan pasif lagi tu.

3. Kenaikan pangkat secara otomatik

Jika ini yang anda cari, inilah bidang ataupun bisnes yang sesuai untuk anda. Di sini, anda tidak perlu “kemahiran mengipas bontot bos” anda. Anda akan dinaikkan pangkat secara otomatik apabila syarat-syarat yang ditetapkan telah anda penuhi.

4. Percutian ke luar negara secara PERCUMA

Jika anda seorang yang nampak jelas kareer ataupun bisnes anda di dalam industri ini, anda semestinya akan menjadi seorang yang komited yang akan menghasilkan seorang consultant yang cermerlang. Dan komited anda tersebut akan diganjari oleh pihak syarikat tempat anda bernaung dengan percutian 5 bintang ke luar negara.

Ada 3 lokasi percutian luar negara yang boleh anda pilih. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada prestasi bisnes anda.

Ada banyak lagi kelebihan menyertai bidang ini yang membuatkan aku amat teruja. Aku akan kongsikan di lain entri insyaAllah.

Diharap entri ini akan memberikan jawapan kepada kawan aku yang bertanya boleh ke aku kerja macam kau kat atas tu.

Jawapan aku YA BRO… LU BOLEH BEB!!! Jom kita menjadi bisnes partner!!!

19 comments

    • sohoque 27 August, 2013 at 14:12 Reply

      ya bro. bg aku itu yang lebih afdhal drp keje makan gaji tp tak buat keje seperti yg disuruh. byk melepak dn sebgainya. semua itu akan ditanya kelak tu.. hehehe

      lgpun kat sini pun ada basic salary (pasif income) sebenarnya yg aku tak citer. tp nak kena jadi consultant lama sikit la…

    • sohoque 27 August, 2013 at 14:20 Reply

      betul.. usaha keyword dia. tapi kalau boleh biarlah usaha tu minima, tp hasilnya maksima. kurang sikit letih kita. menceburi bidang ni seronok sbb yg tu la usaha minima, tp income maksima. pastu repeat client dan repeat sales ada..

  1. iAwani 27 August, 2013 at 15:57 Reply

    lebih kurang macam kerja jadi blogger, masa memula tu payah sikit, tapi bila konsisten the hard work yang dilaburkan memang berbaloi .. tidak semua orang bertuah dapat melakukan apa yang mereka minati secara ‘full time’.

    • sohoque 27 August, 2013 at 16:00 Reply

      “tidak semua orang bertuah dapat melakukan apa yang mereka minati secara ‘full time’.” – saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Alhamdulillah, sy boleh buat apa yang saya suka secara fulltime. terima kasih kepada family yang berterusan menyokong saya..

    • sohoque 28 August, 2013 at 10:50 Reply

      yg kurang perform sy rasa diorang tak tau apa objektif sebenar dia menjadi financial consultant. sbb tu dia kurang perform. they must know a BIG WHY they join this industry.. money is one thing. to educate people and share knowledge is another thing
      sohoque recently posted..Boleh Ke Aku Kerja Macam Kau?My Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: