Boleh Ke Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa?

Boleh ke kita buat dua kerja dalam satu masa?. Contohnya kita menjadi Unit Trust Consultant dan dalam waktu yang sama kita juga menjadi Takaful Consultant.

Saya pernah bercakap mengenai hal ini dengan top leaders di syarikat unit trust nombor satu Malaysia. Rata-rata mengatakan jangan. “Kita mesti fokus pada bisnes kita. Amat berbeza qualiti kerja orang yang membuat dua kerja dalam satu masa dengan orang yang fokus” ujar kawan saya yang merupakan seorang leader di situ.

Saya setuju dan juga tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Ini kerana saya pernah berjumpa dengan orang yang membuat dua kerja tersebut dalam satu masa dan dia berjaya di kedua-dua bidang yang diceburinya itu.

Saya setuju dengan pendapat jika melakukan dua kerja dalam satu masa, kita terpaksa bahagi dua – masa dan usaha kita. Ilmu juga kita kena cari di kedua bidang yang diceburi itu untuk menjadi pakar dalam bidang-bidang tersebut. Jadi diakhirnya hasil yang dapat adalah sebahagian daripada bidang Unit Trust dan sebahagian lagi di bidang Takaful. Target yang tinggi yang disasarkan mungkin tidak dicapai sepenuhnya di kedua-dua bidang tersebut. Ada betulnya juga pendapat ini.

Tetapi ada juga orang yang berpendapat lebih bijak jika menyertai kedua-dua bidang tersebut. Ini adalah kerana kedua-dua bidang ini adalah sealiran di dalam bidang perancangan kewangan. Dan kedua-dua bidang ini adalah saling melengkapi (compliment) di antara satu sama lain.

Orang ini berpendapat sedemikian kerana:

  • Target market adalah orang yang sama. Jadi boleh buat cross selling
  • Kedua-duanya di dalam bidang perancangan kewangan
  • Kedua-duanya amat diperlukan oleh orang ramai untuk merancang kewangan mereka berdasarkan objektif tersendiri
  • Kedua-duanya mengguna pakai selling skill yang hampir sama.
  • Menambahkan satu lagi servis pada bisnes utama kita dapat memberikan kelainan ataupun “competitive advantage” yang boleh membezakan kita dengan konsultan yang lain.

 

Kenalan saya, seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat kewangan pernah berkata, “jangan hadkan keupayaan diri kita. Kerana kita hanya dapat tahu keupayaan diri kita yang sebenar bila mana kita berusaha dengan sedaya upaya, gigih dan tekun untuk mencapai sasaran yang dah kita tetapkan”.

Keupayaan manusia adalah fleksibel. Manusia sendiri yang menentukan hala tujunya sendiri. Kita adalah apa yang kita sangkakan. Hadith nabi:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.”
(H.R. Abu Hurairah)

Jika kita sentiasa positif dan yakin kita boleh berjaya insyaAllah Allah akan izinkan kita berjaya. Janji kita amalkan konsep D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal).

Cross selling amat bagus untuk kelangsungan bisnes kita. Kita boleh menawarkan servis ataupun produk yang lain yang juga menjadi keperluan pelanggan sedia ada kita. Kita boleh menjadi “one stop centre” kepada pelanggan kita. Kalau tidak masakan syarikat unit trust yang saya ceburi ini sendiri menggalakkan consultantnya menjual produk insurans di bawah Kumpulan syarikatnya.

Pada pandangan saya, boleh atau tidak kita maju dalam kedua-dua bisnes yang kita ceburi dalam masa yang sama bergantung kepada individu itu sendiri. Bagi saya, untuk maju secara “excellent” dalam kedua-dua bidang ini mungkin agak sukar walaupun ianya tidak mustahil. Ini adalah kerana saya bukanlah “super salesman” ataupun consultant yang terlebih hebat. Prestasi saya di syarikat unit trust yang saya ceburi pun bukanlah terlalu hebat. Tapi cukup untuk masuk di dalam senarai 10% consultant yang mencapai target yang ditetapkan. Dapatlah gambar masuk suratkhabar saban tahun. Dapatlah saya ikuti percutian 5 bintang ke luar negara secara percuma yang dianugerahkan oleh pihak syarikat kepada consultannya yang mencapai target.

Namun untuk tidak merebut peluang saya memberikan khidmat tambahan kepada pelanggan sedia ada, saya merasa amat rugi. Takaful sudah menjadi keperluan kepada rakyat Malaysia dewasa ini terutamanya apabila kos perubatan sudah menjadi terlalu tinggi. Kesedaran tentang wajibnya penyelesaian hutang dan pentingnya meninggalkan anak isteri dalam keadaan tidak meminta-minta apabila kita telah tiada menjadikan takaful produk kewangan yang dicari-cari pada masa sekarang. Oleh sebab itulah saya juga memilih untuk menjadi Takaful Consultant dengan Takaful Malaysia.

Namun saya fokus utama saya adalah lebih kepada bisnes Unit Trust. Segala perancangan dan target saya utamakan di syarikat unit trust. Takaful ini adalah sebagai servis tambahan saya kepada pelanggan sedia ada saya.Walaupun begitu, saya tidak melupakan tanggungjawab saya sebagai Unit Manager untuk memberikan khidmat bimbingan dan latihan kepada consultant di dalam unit saya. Ianya sama seperti apa yang saya lakukan di syarikat unit trust.

Perkara ini sebenarnya agak sama seperti kita masih berkerja “makan gaji” tapi dalam masa yang sama dia menjadi consultant unit trust ataupun takaful secara separuh masa (part time). Sebahagian besar masa kita akan peruntukkan untuk kerja “makan gaji”.

Kesimpulannya, fokus kepada bisnes utama. Jadikan bisnes sampingan sebagai servis tambahan kepada pelanggan sedia ada. Cuba untuk fahami dan penuhi keperluan kewangan mereka. InsyaAllah kita akan lebih disayangi oleh pelanggan kita.

Wallahua’lam.

ps: kepada yang berminat untuk menjadi consultant unit trust ataupun takaful secara sepenuh masa ataupun separuh masa sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

 

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: