gambar jenama printer

Brother Turut Membantu Mangsa-Mangsa Taufan Haiyan Di Filipina

gambar kemusnahan haiyan

Taufan Haiyan adalah bencana terbaru yang melanda kepulauan Filipina

Taufan Haiyan yang melanda negara Filipina baru-baru ini membawa kesan yang amat buruk kepada penduduk setempat. Puluhan ribu nyawa melayang, Jasad-jasad berselerakan di mana-mana. Bangunan dan kemudahan infrastruktur habis musnah. Besar nampak di mata, besar lagi yang sedang mengalaminya.

gambar taufan haiyan

kemusnahan yang teruk akibat taufan Haiyan

Oleh itu, banyak negara termasuk negara kita sendiri menyumbangkan dana untuk tujuan bantuan kemanusiaan kepada Filipina yang terkena musibah alam ini.

Syarikat-syarikat besar yang prihatin juga banyak yang mengambil bahagian dengan sumbangan kewangan mereka. Salah satu syarikat yang prihatin ini ialah Brother. syarikat ini yang merupakan syarikat induk kepada salah satu peneraju dalam pembuatan peranti cetakan laser dan inklet, Brother telah mengumumkan bahawa kumpulan Brother akan menyumbangkan sebanyak USD100,000 kepada Philippine Red Cross Society sebagai usaha membantu mangsa trajedi Taufan Haiyan.

gambar jenama printer

syarikat peneraju jualan dan perkhidmatan percetakan

Toshikazu Koike, pesiden Brother Idustries, Ltd berkata:

“Kami berharap untuk memulihkan keadaan masyarakat dan kawasan yang terkena bencana, dan kami akan berkerjasama untuk penyediaan bantuan yang diperlukan secara berterusan”

Kumpulan Brother ada wakil syarikat untuk urusan penjualan di Filipina iaitu Brother International Philippines Corporation sejak tahun 2,000 dan wakil peralatan pengilangan iaitu Brother Industries (Philippines), Inc. yang ditubuhkan dalam tahun 2012. Dua syarikat ini adalah antara syarikat utama dalam urusan penjualan dan pengilangan di dalam Kumpulan Brother.

Brother adalah peneraju dalam pembangunan dan pembuatan teknologi percetakan, komunikasi dan digital industri pengimejan untuk rumah, SOHOs dan perusahaan yang menuntut penyelesaian yang memberi kuasa kepada perniagaan dan individu untuk berkomunikasi idea-idea dalam setiap cara dan kemungkinan. Satu jenama yang dipercayai di seluruh dunia yang yakin dengan pendekatan “Mendahulukan Pelanggan” dalam semua aspek perniagaan mereka.

Brother telah secara berterusan memenuhi pelbagai keperluan pelanggan mereka melalui penyelesaian percetakan yang berkualiti mereka yang komprehensif .

Ibu Pejabat Asia Timur Brother yang memfokuskan aktiviti jualan bersepadu, pemasaran dan perkhidmatan terletak di Singapura. Syarikat induk ini mempunyai anak syarikat di Thailand, Filipina, Malaysia , Indonesia dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut mengenai Brother International Malaysia dan produk, sila hubungi 03-7884 9999 atau lawati laman web Brother www.brother.com.my. Brother akan sentiasa ” Bersama Anda” sekarang dan di masa akan datang.

 

21 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: