Budak Zaman Sekarang Main iPad, Aku Dulu Main Batu Seremban Je

Budak zaman sekarang main iPad, aku masa kecil dulu main permainan tradisional je. Apa cerita ni? 😉

Dua hari lepas (hari Rabu), aku balik dari kerja seperti biasa. Sampai rumah hampir pukul 7 malam selepas singgah dulu di taska untuk ambil Si Ifza yang diamanahkan kepada taska untuk dijaga. Abang dan kakaknya, si Iqbal dan Iffah kami tinggalkan saja dirumah semasa cuti sekolah ini.

Sesampai sahaja aku di rumah mataku terus terpaku pada 2 keping nota yang ditinggalkan di atas rak TV. Aku terus perasan akan nota-nota tersebut kerana rak TV terletak bersebelahan dengan tempat simpan kunci kereta. Sambil simpan kunci kereta itulah mataku terus melirik kepada nota-nota tersebut.

Diorang juga tiada di tingkat bawah seperti kebiasaan. Jadi tahulah aku bahawa mereka memang sudah merancang tindakan ini. 😆

Inilah nota-nota yang aku maksudkan:

Kalu tengokkan kepada gaya tulisan nampak macam Iffah (5 tahun) yang tulis. Tapi malam tu bila aku tanya diorang, rupanya si Iqbal yang tulis.

“Kenapa teruk sangat tulisan abang? Macam tulisan adik jer”; tanyaku pada Iqbal.

“Abang tulis dengan malas”; jawabnya.

“Ke abang nak suruh papa sangka yang tulisan ni tulisan adik?; aju ku lagi.

“Tak de la”, jawabnya pendek.

Nampak muka macam lain je masa “jawab tak de” la tu. Aku rasa memang si abang yang tulis dan dia sengaja menghodohkan tulisannya supaya aku sangka adiknya yang tulis. Sebab dia malu nak mintak. 😆

Aduhai. Budak zaman sekarang main iPad. Aku dulu sewaktu usianya main batu seremban je. Kadang-kadang main game baling selipar atau lempar gelung getah. Itulah zaman sekarang. Teknology begitu cepat berlari. Nanti bila diorang seusia aku, macamanalah teknology pada masa itu agaknya.

Aku sebenarnya ada jugak berniat untuk bagi iPad ke, Galaxy Tab ke kat diorang ni. Sebabnya kalau bab belajar memang diorang tak ketinggalan jauh. Contohnya si Iqbal. Baru-baru ni berjaya dapat nombor satu dalam kelasnya. Kelasnya kelas no 4 daripada 10 kelas. Dalam aliran (darjah 3) pula di berjaya menempatkan diri di tempat ke 45 daripada 440 orang murid darjah 3. Kira ok la tu pada aku. Sebabnya kawan-kawannya yang lain ramai yang ibu bapa hantar pergi tuition. Aku tak hantar pun dia walaupun dia pernah minta. Alasan aku sebab aku kesian kat dia. Bayangkan tuition mula pukul 8.30 malam. Dia sampai rumah dari sekolah (sekolah sesi petang) pun dah pukul 7 lebih. Mana nak mandi. Mana nak rehat dan mana nak makan. So, senang-senang aku decide tak payah la tuition. Lagipun ok kot tak hantar tuition lagi. 😐

Si Iffah pula cemerlang di Taskanya. Kalau bab mengaji dia yang paling laju. Membaca pun dah lancar. Menulis pun dah pandai.

Untuk Iqbal ni aku plan nak belikan kamus BESTA untuknya. Sekurang-kurangnya boleh juga meningkatkan vocab bahasa inggerisnya. Tapi ni dah mintak iPad pulak.

Satu lagi option ialah aku belikan Galaxy Note 10.1 idamanku untuk aku. Galaxy Tab 7.0 yang aku guna sekarang aku pindah milik kepadanya. Dan aku rasakan ini adalah pilihan terbaik kot. 😆

Itulah realitinya. Budak – budak zaman sekarang main iPad. Teknology berubah mengikut zaman. Kita ibubapa perlu juga berubah. Tak boleh banding dengan zaman kita dahulu.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: