More

    Budaya Aibkan Orang Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13

    Bilakah Tarikh sebenar PRU 13.png
    Tarikh sebenar pilihan Raya Umum ke-13 masih menjadi tandatanya

    Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sudah semakin hampir. Bahang-bahangnya sudah semakin terasa. Antara bahang-bahang PRU 13 ialah kerapnya berita tentang politik diulang tayang di Television dan surat khabar utama negara kita seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, News Straits Times, The Star dan lain-lain.

    pru 13.png
    Sokongan rakyat terhadap parti kerajaan dan parti pembangkang dilihat seperti 50-50%
    perang bendera menjelang PRU 13.jpg
    Perang bendera yang semakin rancak menjelang pilihan raya umum ke-13 yang bakal dimumkan tidak lama lagi

    Semakin dekat kita dengan PRU 13 semakin banyak kita mendengar berita-berita samada berita fitnah ataupun cerita sebenar tentang seseorang tokoh politik maupun parti politik.

    Yang terkini ialah tersebarnya video seks kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku tidak mahu mengulas samada benar atau tidak video tersebut. Malah aku tak terasa nak tengok pun video tersebut. Tapi yang nyata, video tersebut sangat mengaibkan. Dan ianya disebarkan oleh individu-individu tertentu dengan perancangan tertentu,

    Video ini telah dimuat naik di dalam media sosial seperti youtube, Facebook dan Twitter. Video ini kemudiannya dikongsi oleh rakan-rakan di media sosial.

    Awas saudara-saudari pembaca sekalian. Perbuatan menyebarkan video yang mengaibkan orang lain sebegitu adalah amat keji dan dilarang oleh Islam. Sabda Nabi SAW didalam Hadis sahih:


    ومن ستر مؤمنا ستره الله في الدنيا والآخرة
    “Dan Barangsiapa yg menutup aib saudara mukmin lain, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat”.

    Jadi saya ingin menasihatkan rakan-rakan media sosial saya supaya menghentikan dengan segera perbuatan menyebarkan keaiban orang lain seperti itu. Soal benar atau tidak itu perkara kedua. Tapi Islam lebih menuntut kita agar menutup keaiban agar aib kita tidak dibuka Allah.

    Banyak rahsia kita yang hanya kita dan Allah yang tahu. Bayangkan jika Allah membuka pekung tersebut dan semua orang tahu akan rahsia yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Amat memalukan bukan? Jadi berhentilah menyebarkan keaiban orang.

    Daripada kita sibuk menyebarkan keaiban orang lain menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, lebih baik kita buat persediaan untuk menghadapi PRU 13.

    Antara persediaan yang boleh kita buat ialah memastikan tempat mengundi kita. Semak semula tenpat mengundi kita. Ini untuk mengelakkan kita tersalah tempat mengundi bila tiba PRU 13 nanti. Cara-cara menyemak tempat mengundi ada di SINI.

    Wallahua’lam.

     

    Latest articles

    Related articles

    14 Comments

    Leave a Reply to onlajer Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge