Buffet Ramadhan Di Hotel Singgahsana PJ Anjuran Denaihati (Live Blogging)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Petang ni dapat berbuka puasa percuma lagi. Kalau sebelum ni dapat rasa Asam Pedas Pak Zul di SINI dan dapat pekena kambing bakar special kat SINI, hari ni dapat pulak merasai buffet Ramadhan di hotel singgahsana PJ.

cuma jika dua jemputan sebelum ini adalah jemputan pihak restoren dan hotel untuk blogger buat food review, jemputan kali lebih istimewa dan bermakna. buffet ramadhan di hotel singgahsana hari ini ditaja sepenuhnya oleh insan yang sangat suka memberi iaitu saudara mohd ilham tuan punya blog terkenal tanahair, denaihati.com.

lebih istimewa lagi kali ini boleh bawa keluarga sekali. lantas dengan pantas aku bawa isteri dan dua 3 orang anak-anak ku. kalau jemputan food review tak boleh bawa family. masa buka puasa tu teringat je keluarga kat rumah. ya la, kat hotel menu ada seratus lebih. kat rumah tu apa la yang anak bini makan.  😥

aku sebenarnya baru je sampai ni. nak cari-cari rakan blogger dan survey menu makanan serta tangkap gambar dulu. walaupun jemputan kali bukan untuk food review apa salahnya aku buat review secara percuma untuk buffet ramadhan hotel singgahsana pj ni. untung-untung PR dia baca entri aku, mana la tau tahun depan diorang ajak aku review sekali lagi. hahahaha

aku tiada masalah untuk cari hotel singgahsana ni. sebabnya aku pernah sampai di sini masa event ini dulu. hotel ini amat sinonim dengan denaihati kerana banyak aktiviti blogging anjurannya dibuat disini.

tapi kat sini pengunjung agak ramai. nak ambil kambing bakar pun kena beratur panjang. agak bersesak-sesak la jugak.

ok la. ini live blogging. entri seterusnya akan menyusul.

semoga denaihati dilimpahkan rezeki oleh Allah kerana sifatnya yang suka memberi ini. lagilah di bulan ramadhan ni. mesti pahala berlipat ganda. teringat aku satu hadith tentang pahala memberi makan (berbuka) kepada orang-orang yang berpuasa ini. hadith riwayat at tirmizi kalau tak silap. lebih kurang bunyinya:

barangsiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seprti pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun.

moga kita semua dapat mencontohi sifat pemurah denaihati ini. ameen

26 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: