Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku ni bukanlah jenis yang suka sangat berbuka puasa di luar. Aku lebih memilih berbuka di rumah bersama anak dan isteri. Walaupun lauk tak banyak, tapi sudah cukup mengenyangkan. Yang penting masa berkualiti seperti itu aku dapat luangkan bersama keluarga.

Tapi aku tidak menolak apabila mendapat jemputan daripada Restoren On The Table untuk berbuka puasa secara buffet di tempatnya. Dan memang keputusan aku untuk turut serta bersama beberapa orang blogger hebat yang lain memang tidak merugikan. Sebabnya aku dapat menikmati buffet Ramadhan terbaik di restoren ini.

Kenapa aku kata restoren ini menyediakan buffet Ramadhan terbaik? Sebabnya kat sini keadaan agak tenang. Pengunjung tak ramai sangat. Jadi aku tak de la nak berebut-rebut untuk ambil makanan. Boleh la makan dengan releks.

Kat sini ada disediakan lebih daripada 20 menu untuk berbuka puasa. Menu-menunya adalah ala kampung. Yang aku ingat sekali adalah menu asam pedas Pak Zul. Memang terbaik la. Ini adalah kerana selain ianya dimasak secara live rempahnya memang ada umph. Maknanya asam pedas tu bukan yang dah siap dimasak. Ia hanya akan dimasak bila kita minta. Rasa… Pergghhh!! memang terbaik.

 Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

 Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

Pak Zul Bersama resepi Ikan Asam Pedasnya

 Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

Ikan Asam Pedas Pak Zul dimasak secara live

Blogger BroFramestone pun aku tengok tidak melepaskan peluang merasa asam pedas Pak Zul ini.

 Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

Bro Framestone tak dapat nak terangkan betapa piownya Ikan Asam Pedas Pak Zul

Daging masak kicap juga best. Ia menjadi pilihan blogger Boni Kacak. Selain daripada itu ada ikan keli berlada, ayam rendang, telur masak kurma, udang mask kari dan lain-lain lagi. Tak ingat la aku nak sebut satu-satu.

Pelbagai kuih muih juga ada disediakan. Pencuci mulut berupa kek coklat amat best. Rasa coklatnya amat mengcengkam kalbu. Memang betul, bila aku makan je kek tu ada rasa meremang naik kat tengkuk. Memang piow betul ras coklat dia. Kalu tak caya tanya blogger INI. Dia pun rasa seriau dia cakap.

Yang paling penting, harganya berpatutan. Walaupun aku makan free hari tu, namun di hari lain jika aku nak bertandang semula membawa keluarga aku tak de la gentar sangat. Sebabnya harga untuk satu kepala agak berpatutan, RM39 untuk seorang. Ok la kalau nak dibandingkan dengan berbuka di hotel-hotel.

 Buffet Ramadhan Terbaik Di Restoren On The Table

Syabas aku ucapkan kepada Tuan punya Restoren On The Table dan team yang diketuai oleh Chef Elenna Mokhtar. Anda semua berjaya menyediakan buffet ramadhan terbaik.

Sila LIKE Facebook page Restoren On The Table untuk mengetahui updates terkini daripada mereka.

Kredit kepada Blogger Ruby kerana sudi meminjamkan foto-foto untuk dikongsikan disini.

370 total views, 1 views today

Comments

  1. waaaahhh… nampak best dan terbaik lah!! harga berpatutan..
    KiD recently posted..CPUV 17 Nuffnang 2013My Profile

  2. selera sungguh melihatnya haha

  3. harganya memang berbaloi-baloi. bro bonikacak asyik cucuk hidung pulak….
    Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

  4. UNCLE PEAOS says:

    Asam Pedas Pak Zul memang mantapppppp…..boleh jadi Juri Master Chef

Trackbacks

  1. [...] hakikat ini, Restoren On The Table, sebuah restoren masakan dunia kontemporari telah melancarkan aplikasi android restoren On The [...]

  2. [...] ni ramadhan yang ke 8, selang 5 hari daripada hari buffet ramadhan di restoren on the table, publika, solaris dutamas, aku hadir lagi di buffet ramadhan. kali ni anjuran hotel de palma [...]

  3. [...] lagi untuk buka puasa food review. Kalau sebelum ni terpilih untuk buka puasa review di restoren INI, kali ni aku dijemput untuk buat review di hotel pulak. Hotel yang dimaksudkan adalah Hotel De [...]

  4. [...] Petang ni dapat berbuka puasa percuma lagi. Kalau sebelum ni dapat rasa Asam Pedas Pak Zul di SINI dan dapat pekena kambing bakar special kat SINI, hari ni dapat pulak merasai buffet Ramadhan di [...]

  5. [...] daripada restoren dan hotel yang diterima. Ada yang aku terima seperti jemputan daripada restoren ini dan hotel [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge