More

    Burung Pun Pandai Pancing Ikan…!

    Subhanallah.. Burung pun pandai pancing ikan untuk mencari rezeki. Demikianlah Allah mengajar kepada kita tentang sesuatu daripada kejadian alam.

    Tetapi semua ilmu ini hanyalah untuk orang-orang yang berfikir (ulul albab). Yang lain, yang tak mendapat ilham daripada Allah hanya melihat sekadar melihat sahaja. Mereka tidak nampak apa pengajaran daripada video ini.

    Allah berfirman dalam Al-Quran dala surah Taha, ayat 50:

    (Nabi Musa) menjawab, “Tuhan kami adalah yang memberikan kepada setiap sesuatu, kejadian semulajadi yang sesuai dengannya. Kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya cara menggunakannya” (Taha, 50)

    Burung pun tak duduk goyang kaki menunggu rezeki. Mereka pun berkerja keras untuk mencari rezeki. Kita boleh cerminn diri kita. Adakah kita berkerja keras untuk mendapat apa yang kita nak dan untuk mencari rezeki untuk keluarga.

    flaminggo
    burung bangau

    Usaha yang paling utama di samping doa dan tawakkal kita kepada Allah. Doa, Usaha, istiqamah dan tawakkal (DUIT). 4 elemen yang perlu ada dalam diri kita dalam mencari rezeki.

    Selain itu amalan – amalan murah rezeki juga perlu diterapkan supaya sebati di dalam diri. Ia perlu untuk menjemput rezeki datang kepada kita.

    Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

    Kadang-kadang tidak terlintas pun kita akan mendapat sesuatu rezeki. Tetapi tiba-tiba kita dapat. Itulah berkat doa dan amalan murah rezeki yang kita buat.

    Amalan-amalan ini termasuklah banyak beristighfar, selalu bertaubat, rajin bersedeqah, membantu orang lain, berbuat baik dan mendoakan ibubapa dan lain-lain lagi. Berusahalah untuk mengamalkan amalan-amalan ini. Redha Allah yang kita cari. Melakukan amalan-amalan ini biarlah ikhlas kerana Allah. Rezeki yang kita cari akan datang secara otomatik.

    9 Formula Pantas Seru Rezeki

    Namun yang paling penting kewajipan utama kita terhadap Allah jangan dilupakan. Yang paling utama adalah kewajipan melakukan solat. Ramai yang salah konsep meminta dengan Allah.

    Ada yang meminta dengan berdoa begitu bersungguh-sungguh. Ada yang sehingga mengeluarkan airmata. Tapi solat 5 waktu mereka ada yang ditinggal. Ini memang salah. Sebabnya solat 5 waktu ibarat lesen yang paling besar untuk mendekatkan diri dengan Allah.

    Meninggalkan solat 5 waktu akan mengundang kemurkaan Allah. Mana mungkin jika Yang Maha Memberi Rezeki marah, akan mengurniakan apa yang kita minta. Namun semuanya di bawah kekuasaan dan kebijaksaan Allah jua.

    Ada yang mendapat rezeki yang melimpah ruah sedangkan mereka suka membuat maksiat dan meninggalkan solat 5 waktu. Usah kita persoalkan perkara sebegitu. Mungkin juga itu Istidraj (Klik untuk makna Istidraj). Jangan jadi hamba yang banyak soal. Tunaikan sahaja kewajipan kita dengan terbaik. InsyaAllah bila Allah sayang dan redha apa yang kita minta senang dimakbulkan.

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge