Business Card Penting Untuk Promosikan Perniagaan Ataupun Blog

business card.jpg

business card baru aku. Boleh la contact kalau sesiapa ada nak suruh cover event ke, advertorial ke atau apa-apa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kad nama perniagaan ataupun business card adalah salah satu benda yang wajib kepada orang yang ada perniagaan. Ini termasuklah para blogger. Seringkali kita lihat di mana-mana saja orang akan bertukar-tukar kad nama perniagaan ini.

Penting ke business card ni?

Antara sebab-sebab kenapa perlunya business card ialah:

1. Supaya orang lain yang kita jumpa boleh mengingati anda.

Sebagai orang yang mempunyai perniagaan kita seboleh-bolehnya mahukan orang yang kita jumpa ataupun yang jumpa business card kita supaya terus mengingati kita. Ini akan memudahkan proses untuk menutup jualan (closed sales) di masa akan datang

2. Supaya orang lain tahu perniagaan yang kita jalankan dan jawatan yang kita sandang.

Di dalam dunia perniagaan bukan kita sahaja yang menjual barangan ataupun sesuatu servis itu. Kita ada pesaing. Jadi kita mestilah memberitahu orang ramai apa yang kita dan syarikat kita tawarkan. Jika tidak orang tidak tahu apa perniagaan kita dan mereka mungkin akan memilih pesaing kita untuk berurusan. Ini akan memudahkan orang mencari produk atau servis yang mereka ingini.

Bila tiba masanya mereka menghubungi kita, mereka akan mencari siapa orang yang paling sesuai untuk mereka berurusan. Mereka akan mencari siapa yang boleh memberikan mereka keputusan yang tepat dan segera. Di dalam kes ini orang ramai mungkin akan mencari eksekutif jualan untuk bertanyakan tentang produk atau servis. Atau mereka mungkin terus menghubungi pengurus jualan untuk meminta diskaun dan sebagainya.

Ataupun di dalam kes blogger, mereka akan mencari tuan punya blog, ataupun penulis blog yang boleh memberikan mereka kata putus tentang harga yang ditetapkan untuk mereka mengiklankan barangan mereka.

3. Supaya mudah untuk orang lain berhubungan dengan kita pada masa hadapan.

Dengan adanya business card, ia akan memudahkan orang di luar sana menghubungi kita di saat produk atau servis kita diperlukan.

Apabila kita sudah dimasukkan ke dalam senarai rangkaian (network) mereka, ia akan memudahkan perniagaan kita dipilih di masa akan datang.

Jadi secara kesimpulannya business card ini amatlah penting buat kita dan perniagaan kita untuk menjalinkan rangkaian. Tak kiralah kita berniaga produk ke, berniaga servis ke ataupun kita seorang blogger.

Selalulah bawa business card kita kemana saja kita pergi kerana kita tak tahu bila peluang untuk menjalinkan urusan perniagaan akan berlaku, maka selalulah bersedia.

p/s: Hahahaha. Macam poyo pulak entri aku ni kan? Mungkin sebab business card baru yang di upgrade baru siap kot. Hehehehe.

5 comments

    • sohoque 12 July, 2013 at 16:41 Reply

      hahahaha.. beres bro. gua reserve utk lu. sbbnya kalau tak reserve mmg tak sempat nak bagi lu. awek dah ramai yg mintak bro. ahahahahaha

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: