Teh Tarik… Sedap ke air minuman ni? Apa pun jawapannya, ia adalah peneman aku di kala aku meluangkan masa di restoren mamak di celah-celah janji temu yang aku aturkan dengan klien Unit Trust dan Takaful aku.
Sambil menikmati minuman ini aku akan menjengah blog aku untuk mengemaskini apa yang perlu dan juga membuat blogwalking ke blog rakan-rakan.
Aku rasa minuman ini adalah minuman paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Aku tidak membuat sebarang kajian tentang ini tapi jika mengikut pengamatan aku, aku percaya fakta aku ini adalah benar.
Di sebabkan kepopularan inilah Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N ini diteruskan lagi di tahun 2014 ini. Ini adalah pertandingan kali ke 9 dianjurkan.
Aku telah dijemput dan berpeluang ke majlis pelancaran Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 yang diadakan pada 26 April baru-baru ini di perkarangan pintu masuk Mydin USJ. Turut hadir ke majlis tersebut adalah pengacara kesukaan ramai Farah Fauzana.
Raja Tarik 2013 pertandingan ini turut hadir dan membuat persembahan. Beliau juga kemudiannya berkongsi menu baru teh tarik iaitu teh tarik kahwin. Teh tarik ini hasil kombinasi antara susu pekat manis dan susu cair F&N. Kombinasi ini akan menghasilkan teh tarik normal (susu pekat manis lebih), teh tarik sederhana manis dan teh tarik kurang manis tetapi lebih berkrim (dengan melebihkan susu cair).
Aksi kemahiran Saudara Azlin menarik Teh:
Di majlis ini juga telah berlangsung  ujibakat pertama pertandingan ini yang mana peserta-peserta kawasan tengah (central region) yang telah disenarai pendek telah mempamerkan kemahiran menarik teh masing-masing.
Jelajah pertandingan ini akan diteruskan selepas ini ke kawasan-kawasan yang lain iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching untuk mencari bakat baru Raja Tarik di kalangan rakyat Malaysia.
Dengan hadiah yang lumayan iaitu Rm25,000 untuk dimenangi, pertandingan ini terus mendapat sokongan peminat dengan kehadiran penonton yang ramai ke tempat pertandingan untuk melihat sendiri seni menarik teh oleh peserta-peserta yang mengambil bahagian.
Kepada yang berminat dengan pertandingan ini dan bercita-cita menjadi Raja Tarik 2014, anda boleh lah mendaftar sebagai peserta dan menghadiri ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:
“Cabaran Raja Tarik F & N merupakan platform untuk memupuk keusahawanan di kalangan peserta dan juara kami. Sebahagian daripada mereka telah pergi untuk mempamerkan kemahiran mereka di peringkat antarabangsa semasa mereka masih memegang gelaran Raja Tarik F & N manakala yang lain telah menggunakan penghargaan dan kemahiran mereka untuk memulakan perniagaan makanan dan minuman” ~Â Tan Hock Beng, Pengarah Urusan F & N Dairies Malaysia
Pertandingan ini akan disiarkan menerusi TV3 dan TV9 daripada 21 Mei – 12 Jun 2014.
p/s: Asyik tengok orang tarik je. Ni ha aku tarik. Lagi panjang apa…!!!
Hebat dia tarik sambil tutup mata. Ajari aku. hahaha
Hafiz Rahim recently posted..Siapa Raja Teh Tarik?
Dgn pengeras yg sesuai bisa aja di ajarin
betul ke bro sohoque pandai tarik teh?
KiD recently posted..Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Seeing is believing bro. Hahhhahahaha
kalau aku tarik musti penonton kecewa sebab tak dapat minum tehnya..semua tumpah!!
aslam recently posted..Simpanan masa depan
Hahahha. Yg tertinggal tu mesti best bro
hehehehe.. yg tak tinggal sikit kat dlm tu kan ada.. yg tu la yg sedap sebenarnya.. hehehe
Hurmm…… mesti dah tumpah banyak kan….hahahahaha
Hazman Fadzil recently posted..Tempat Makan SEDAP dan BEST Bandar Baru Salak Tinggi
heheheh.. mana ada.. tgkla bawah tu. tak der kesan air kannnn..
power tu…heee. dah boleh masuk pertandingan dah.
Denaihati recently posted..Pengalaman Digoda Oleh Lelaki Gay
Hehehehehe. Tu pejam mata tu tuan. Hahahah
Makin lama makin hebat2 peserta cabaran teh tarik nie. Dah macam world champion punya bartender. hehe..
muhammad hizwan recently posted..Laman Iklaneka Khusus Motosikal Malaysia http://www.biker.my
Hahahahah. Agak2 blh menang ka bro?
Hadiah RM25,000 lumayan weh
Nasuha recently posted..10 Tips Penjimatan Elektrik Penyaman Udara
memang lumayan… heheheh
tuan ,baerhati-hati semasa melakukan teh tarik…
jai recently posted..Forex dgn Training PERCUMA
baik tuan.. hehehe
gua pandai minum aje. malas mahu buat. haha..
titan recently posted..Awak, saya tidak yakinlah..
hahahaha.. lu sinonim ngan cendol bro. cendol tarik ada ker?
Hehe..terbaik dah nii..cuma kena tambah aksi pelik lagi menggoda sikit..hehe
Hafizul recently posted..Sweet Sour Dalam Rumahtangga
hehehehe…