Canton Tower – Menara TV Tertinggi Di Dunia

Masa aku ikuti lawatan ke Guangzhou baru-baru ini, aku dibawa melawat Canton Tower. Ia adalah antara tempat yang menarik dan harus dilawati jika bertandang ke Guangzhou. Lawatan aku ini ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual Berhad khas untuk untuk para Unit Trust Consultant yang cemerlang mencapai sasaran jualan yang diberi.

Ground Floor Canton Tower

 

Sohoque dan kawan-kawan UTC sedang beratur untuk naik lif

Dalam lif Canton Tower yang laju. Sekejap jer sampai ke tingkat 108

Canton Tower sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Juga dikenali sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik.

Canton Tower (Menara Canton) adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara television yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou.

Berjaya sampai ke tingkat 108

Tingkat 108 adalah tingkat tertinggi yang dikhaskan untuk para pelancung membuat peninjauan di sekeliling bandaraya Guangzhou. Daripada sini hampir seluruh bandaraya Guangzhou dapat dilihat. Yang paling mendebarkan adalah dek ataupun satu ruang yang dikhaskan untuk melihat keseluruhan bandaraya Guangzhou. Di sini disediakan kamera untuk pelancung mengabadikan kenangan disini. Yang paling menarik dan mendebarkan ialah dek ini dibina seperti anjung yang sedikit menjulur ke luar. Dinding sekelililng dan lantainya dibina dengan cermin lutsinar. Dengan berdiri di sini kita dapat melihat sayup-sayup pemandangan di bawah yang bisa membuatkan kita gerun dan kecut perut. Ada di antara pelawat yang menjerit kegayatan. Aku pula terpaksa “control macho” sedangkan di dalam hati gayat bukan main lagi. :lol:

Teropong peninjau khas untuk melihat bandaraya Gunagzhou dengan lebih dekat

Sedang beratur untuk ke anjung peninjau

Dek/anjung peninjau

Pemandangan Pearl River daripada atas

Bangunan pencakar langit daripada tingkat 108 Canton Tower

Pandangan stadium yang digunakan semasa Sukan Asia Guangzhou

Jadi jika korang datang ke sini sila lah singgah di Menara Canton ini.

 

857 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam