Cara merawat ekzema dan Psoriasis pada ifza

Penyakit kulit – Ekzema dan Psoriasis

Untuk entri kali ni aku cuba menerangkan tentang penyakit kulit iaitu ekzema pada bayi serta bagaimana cara merawat Ekzema dan psoriasis.

Aku harap entri ni tidak terlalu menjadi entri berbentuk info. Boring kan kalau baca entri info yang terlalu straight forward. Jadi aku cuba olah supaya ia nampak lebih santai.

Apa itu ekzema dan Psoriasis

Penyakit kulit - Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
~ Wikipedia

Penyakit kulit - Psoriasis
Ia adalah penyakit autoimun yang berpanjangan yang dicirikan oleh tompok kulit yang tidak normal. Pada tompokan ini kulit biasanya merah, gatal, dan bersisik.
Psoriasis mungkin berbeza tahapnya dari kecil dan setempat sehinggalah ke serata badan.
Kecederaan kepada kulit boleh mencetuskan perubahan kulit psoriatik di tempat itu. Ini dikenali sebagai fenomena Koebner.

Ifza dan ekzema

“Kenapa adik tak pergi bermain dengan diorang…?” Tanya aku sedikit kehairanan apabila melihat anak perempuan bongsu aku Ifza, 5 tahun, terasing di sudut rumah berseorangan. Tika itu rumah aku didatangi tetamu dewasa dan kanak-kanak.

“Tak nak lah papa. Adik malu. Muka adik ada kulit…!” Jawab Ifza dengan nada lembut dan perlahan menahan perasaan dalam diri. Terpampang wajah kesedihan di muka anak kecil aku ini. Mukanya ada kulit merujuk kepada kulit mukanya yang menggelupas kekeringan.

Tiba-tiba aku diserbu rasa terharu. Anak sekecil ini yang sedang galak nafsu bermainnya, tiba-tiba boleh mengasingkan dirinya jauh daripada rakan sebaya dek kerana malu mukanya kering menggelupas akibat ekzema.

Tanpa sedar aku menyeka air mata jantan…

Ifza, anak syurga yang banyak memberi pahala kepada ibubapanya. Pahala sabar melayan karenahnya yang sentiasa menggaru akibat gatal dan tidak selesa pada kulit kanak-kanaknya. Segalanya terpaksa dikawal. Daripada pemakanan sehinggalah tempat dia berehat, kami terpaksa sesuaikan dengan beliau.

Aku dan isteri pernah membawa Ifza ke Hospital Pantai berjumpa dengan pakar darah untuk mengenal pasti apa yang Ifza alah.

Keputusan ujian darah agak mengejutkan. Angka keputusan melambangkan tahap alahan beliau melebihi tahap biasa. Paling beliau tak boleh makan adalah telur. Usahkan nak makan telur, bau dan asap daripada mamanya menggoreng telur di dapur pun beliau tidak selesa yang akan diakhiri dengan menggaru dan kulit kemerah-merahan.

Alahan lain Ifza ialah makanan laut, debu hama dan bulu kucing. Jadi abang dan kakak beliau berangan jer la nak bela kucing kat rumah ni.

Menjaga Ifza di malam hari juga amat menguji kesabaran. Kadang-kadang aku dan isteri terpaksa bergilir-gilir menjaga beliau untuk menahan tangannya daripada aktif menggaru yang biasanya akan diakhiri dengan kulit melecet dan berdarah.

Cara kami merawat ekzema Ifza (Psoriasis juga boleh guna kaedah yang sama)

Sebenarnya ekzema ini tidak akan hilang secara keseluruhan. Cara merawat yang aku maksudkan adalah cara meredakan penyakit ini. Kat rumah ni sentiasa ada losyen ekzema, sabun khas untuk ekzema dan krim untuk meredakan penyakit ini.

Krim dan losyen yang serasi dengan Ifza setakat ialah daripada jenama QV. Satu kami pilih QV adalah kerana krim dan losyennya tidak mengandungi steroid yang kalau boleh kami cuba elakkan.

Steroid dalam krim dan losyen berguna untuk mempercepatkan proses pemulihan bagi kulit yang teruk melecet dan luka akibat ekzema. Namun kesan jangka panjang steroid ini amat buruk. Dengan menyapu steroid secara kerap, ia boleh menyebabkan kulit menjadi nipis.

Bedak Asmak

Sehinggalah baru-baru ini aku diperkenalkan dengan bedak Asmak. Itupun aku tau sebab aku sertai contest minyak herba asmak yang memerlukan aku membuat sedikit kajian tentang syarikat pengeluar, syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Ia selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Bedak dari tanah liat ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Ia telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah saw berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Bedak ini telah terbukti berkesan untuk merawat ruam dan penyakit kulit ekzema pada bayi maupun orang dewasa, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain.

Setakat ni bedak tanah liat Asmak ini sesuai untuk Ifza pakai. Bedak ini terasa sejuk bila disapu pada kulit kering akibat ekzema. Apabila bedak Asmak kering di badan, bedak yang melekat pada badan tersebut boleh terus digosok pada kulit. Hasilnya kulit Ifza yang kering dan sedikit seakan bersisik serta kasar menjadi lembut dan licin.

Apa keistimewaan Bedak Asmak?

Selain merawat masalah kulit di atas, ia juga berupaya untuk mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu secara kerap. Ia boleh dipakai setiap malam sebelum tidur. Alaa macam korang tengok orang pakai bedak sejuk tu.

testimoni bedak asmak baik untuk jeraat

Bedak Asmak mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan. Bedak ini tidak menyumbat liang pori dan ia mampu merawat masalah kulit.

testimoni bedak asmak boleh merawat ekzema pada bayi

Penggunaan secara berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.

Yang ini agak rare…! Bedak Asmak sebenarnya boleh dimakan untuk masalah Cirit-birit dan gout. Ia selamat dan suci. Haaa… Petua untuk hilangkan cirit birit gak ni…

Info lain Bedak Asmak

Bedak ini diedarkan kepada pengguna dengan menggunakan sistem ejen. Jadi sesiapa yang nak cari duit lebih, bolehlah apply untuk jadi ejen. Senang jer. Hubungi nombor telefon ni:

Hotline HQ : 019 – 970 8897

Yang berminat nak cuba pun boleh hubungi nombor telefon tu.

Ataupun, korang boleh ke pautan-pautan berikut:

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Instagram : mham.sdnbhd

Fb Page Produk :
Penawar Ruam Pada Bayi

Penawar Ekzema Mujarab Terkini

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :

Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ

Harga Bedak Asmak

Harga Bedak Asmak - penawar penyakit ekzema pada bayi

Berat: 150g+-

Harga: RM38 sahaja
Produk premium pada harga TERENDAH!
Mesti dimiliki oleh setiap keluarga.

Komen Sohoque

Penyakit kulit seperti ekzema ni memang menyulitkan semua pihak. Ekzema pada bayi menyebabkan bayi tidak selesa dan gatal. Bagi pihak ibubapa pula ekzema pada anak kecil ataupun bayi ini memberikan tugas tambahan di mana anak tersebut perlu dijaga dengan teliti.

Bukan semua anak-anak yang mengidap ekzema sesuai dengan krim dan losyen yang sama. Lain orang lain serasinya. Tapi tidak salah kalau ibubapa mencuba Bedak Asmak yang aku anggap sebagai penawar penyakit kulit ekzema pada bayi dan anak-anak kecil. Mana la tau bedak ini serasi dengan anak korang.

Alhamdulillah, setakat ni Ifza nampak macam serasi dengan Bedak Asmak. Setakat ni dah 3 botol kami gunakan untuk Ifza. Yang penting korang tau cara merawat ekzema (psoriasis pun sama) pada anak korang.

9 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: