More

    Emel Dengan Domain Sendiri Adalah Lebih Poyo…!

    Biasanya kita buat emel dengan menggunakan emel percuma yang menyediakan storage yang besar. Antara penyedia emel yang menjadi pilihan adalah gmail, yahoo mail, hotmail dan beberapa penyedia emel yang lain lagi.

    gmail

    Antara banyak-banyak penyedia emel tu aku rasa gmail la yang paling glemer dan mendapat sambutan. Sebabnya pengguna gajet yang berasaskan sistem android semuanya akan ada emel gmail ni.

    Emel dengan domain sendiri

    Tahukah korang bahawa korang pun boleh buat atau cipta emel sendiri… Dengan menggunakan domain sendiri. Contohnya: adminkacak@sohoque.com. Haaa… gempak gitu!!!

    Kelebihan ada emel dengan domain sendiri ialah antaranya ia dapat menguatkan jenama syarikat kita ataupun blog kita.

    Ya.. ia akan nampak lebih professional jika kita tinggalkan emel kita dengan domain blog kita. Nampak lebih serius kita dalam bisnes yang kita ceburi.

    Disamping kelebihan ada jugak kelemahan emel dengan domain sendiri ni. Ia akan menggunakan disk space ataupun kuota storage hosting kita. Jadi jika banyak emel masuk berserta dengan attachment yang besar, maka storage kita akan cepat habis.

    Kesannya kepada blog, storage untuk muatkan data blog seperti gambar dan sebagainya akan menjadi lebih kecil. Jadi pepandailah uruskan emel ni ya…!

    Cara nak buat, create atau cipta emel / email dengan domain sendiri ni?

    1. Terlebih dahulu korang kena ada / beli domain sendiri dan hosting untuk data emel tu disimpan nanti. Tak boleh pakai emel seperti admin@sohoque.blogspot.com ataupun admin@sohoque.wordpress.com. Ni tak boleh sebab kita ibarat menumpang rumah orang jer.

    Sebagai pengguna platform berbayar wordpress, domain dan hosting berbayar ni memang dah jadi rutin pada aku. Dah 7 tahun dah ada domain dan hosting sendiri. Tiap-tiap tahun aku renew. So benda ni bukanlah benda pelik pada aku.

    2. Apabila ada 2 benda yang aku sebut kat atas tu, korang secara otomatik akan ada CPanel korang sendiri nanti. Contohnya: penggalikubur.com/cpanel.

    login-cpanel

    Kat situ korang perlu masukkan username dan password korang untuk akses ke CPanel

    3. Dalam CPanel tu nanti akan ada satu icon “Email Accounts” di ruangan MAIL.

    email-account

    Klik icon tu.

    4. Korang akan dapati ada satu form untuk isikan nama emel yang korang pilih. Jangan bimbang. Korang pilih je ikut suka hati korang sebab emel ni memang eksklusif untuk korang. Takkan ada orang lain yang pilih sama dengan emel korang pilih punya sebab CPanel ni kepunyaan korang. Korang boleh buat sesuka hati korang.

    cipta-email

    So pilih emel yang korang nak dan klik create account.

    5. Done! Selesai! Khalas! Korang dah ada emel sendiri dengan domain korang sendiri. Masa tu korang akan rasa fuuuh bestnya ada emel sendiri. Masa bagi kat kawan-kawan emel ni rasa cam poyo jer. Hahahaha

    Cara bukak emel domain sendiri

    Haaa.. dah emel sendiri tak boleh la bukak ikut gmail atau yahoo. Kena ada platform lain la untuk bukak emel. Nak baca, nak compose, nak sent semua boleh kat situ.

    Ada beberapa cara nak bukak emel ni:

    1. Guna CPanel

    cara-baca-emel

    Kat sebelah icon create accounts dalam CPanel tu ada icon Webmail. Klik icon tu. Dan terus klik login webmail.

    Paparan emel akan dibuka. Ada 3 emel yang boleh korang pilih:

    1. Horde
    2. Roundcube
    3. Squirrelmail

    3-emel

    Aku biasa pilih Horde. Kenapa? Hahaha.. sebab dia yang pertama sekali. So aku klik jer la.

    emel-inbox

    Daripada situ korang dah boleh baca dan operate fungsi-fungsi emel yang lain.

    2. Guna aplikasi Thunderbird

    Yang ni lagi senang. Aku suka cara ni. Tapi korang kena install Thunderbird dulu kat laptop atau PC korang.

    thunderbird-emel

    Lepas tu korang kena setting sikit. Dan korang dah boleh baca dan beremel seperti biasa. User interface Thunderbird ni best. Sebab tu aku suka!

    3. Guna smartphone korang

    Yang lagi best. Terima dan jawab emel macam guna mesej biasa jer. Terus masuk smartphone korang. Tapi yang ni juga perlukan setting sikit supaya emel boleh diterima dan boleh dihantar dengan jayanya.

    Untuk setting nomnbor 2 dan 3 aku akan explain dalam entri lain. Dah berjela dah entri ni.

    Ok. Tu saja cara untuk buat, create atau cipta emel / email dengan menggunakan domain sendiri. Korang cubalah untuk merasai kepoyoannya…!

    Bye..! Selamat mencuba!

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge