More

    Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!

    puluhan notifikasi akan mengganggu jika benda yang sama dikongsi berulangkali dlam waktu yang sama
    puluhan notifikasi akan mengganggu jika benda yang sama dikongsi berulangkali dlam waktu yang sama

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pernah tak anda buka akaun facebook anda dan lihat berpuluh-puluh notifikasi yang sedang menunggu untuk anda klik?

    Aku rasa semua orang yang ada FB ada pengalaman ini. Itulah kemudahan untuk pengguna FB mengetahui adanya interaksi antara rakan-rakan FB dan dirinya.

    Namun jika kita menerima berpuluh-puluh notifikasi tetapi hanya dari 2-3 orang rakan sahaja dan notifikasi tersebut adalah notifikasi tentang entri blognya yang di pingkan ke berpuluh-puluh fanpage yang anda dan dia sertai, ianya pasti agak mengganggu.

    Aku kerap kali membaca status-status rakan-rakan FB aku yang kurang selesa dengan perkara ini dan meluahkannya di status FB masing-masing.

    Ya la kan.. Bayangkan, anda punyalah bersemangat untuk mengetahui tentang status atau komen terkini daripada rakan-rakan anda setelah melihat puluhan notifikasi di FB anda. Tetapi setelah diklik ia hanyalah datang daripada 2 orang rakan FB anda yang hanya nak promote entri terbarunya. Sedikit kecewa bukan..?!

    Entahlah anda rasa macamana. Tapi bagi aku ia agak mengganggu. Rasa tersebut hadir setelah mengetahui bahawa ada cara untuk pingkan entri tersebut ke puluhan fanpage tanpa mengganggu rakan FB lain dengan lambakan notifikasi.

    Aplikasi Buffer - cara yang berkesan untuk kongsikan status di media sosial
    Aplikasi Buffer – cara yang berkesan untuk kongsikan status di media sosial

    Antara salah satu cara ialah anda boleh menggunakan aplikasi BUFFER. Keistimewaan aplikasi ini ialah ia membolehkan anda menjadualkan post anda di media sosial. Bukan sahaja di FB malah di Twitter, Linked In, G+ dan lain-lain.

    Skrip Pukau Pelanggan – Strategi sebenar tingkatkan jualan anda di Facebook

    Dengan aplikasi ini, tak de lah anda post atau pingkan entri anda secara serentak. Jadi tak de lah rakan-rakan FB terganggu dengan post anda. Status anda pula akan terupdate di masa-masa tertentu yang telah anda tetapkan tanpa perlu anda monitor walaupun anda sedang menonton wayang ataupun sedang menikmati makan malam dengan dinner steamboat halal yang best di sekitar KL

    Dengan aplikasi ini anda boleh menjadualkan post anda tak kiralah ping entri ke ataupun kemaskini status dengan lebih bijak. Sebagai contoh anda boleh lihat di Google Analytics blog anda waktu-waktu blog anda menerima kunjungan trafik yang tinggi.

    Jadi apabila anda berhasrat untuk pingkan entri anda jadualkan ia di waktu-waktu blog anda kebiasaannya dilawati dengan banyak. Sebagai contoh, blog sohoque.com ini biasanya akan menerima lambakan trafik yang agak tinggi sekitar pukul 8.30 pagi, 12 – 1 petang, 5.30 petang jika di siang hari. Jika di waktu malam trafik akan lebih banyak pada sekitar pukul 9 malam dan 12 tengah malam.

    Dengan ini kesan penerimaan rakan-rakan anda akan lebih meluas. Ini sekaligus akan memberi impak kenaikan trafik ke blog anda.

    Daftarlah aplikasi ini di bufferapp.com. Kemudian hubungkan ia dengan akaun-akaun media sosial yang lain.

    Anda boleh daftar secara percuma tetapi fungsi yang dibenarkan agak terhad kepada beberapa akaun media sosial sahaja. Namun ianya sudah cukup untuk mengelakkan notifikasi rakan-rakan media anda penuh dengan posting aktiviti media sosial anda.

    Untuk penggunaan yang lebih meluas anda boleh upgrade to awesome! Anda anda dicaj sebanyak USD10 sebulan. Dan jika anda melanggan untuk setahun, anda hanya perlu membayar USD102 setahun. 15% peratus diskaun diberi kepada anda.

    aplikasi Buffer boleh di upgrade
    aplikasi Buffer boleh di upgrade

    Jadi, untuk membuatkan anda lebih profesional dalam bermedia sosial anda boleh daftar aplikasi ini. Anda juga akan lebih disenangi oleh rakan-rakan media sosial anda.

    Selamat bermedia sosial dengan aplikasi BUFFER!

    Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

    Nota:

    Selain daripada aplikasi ini, aplikasi Hootsuite juga membawakan fungsi yang lebih kurang sama dengan aplikasi ini. Aku akan berikan review di entri akan datang.

    Latest articles

    Related articles

    42 Comments

    Leave a Reply to Alongxp Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge