Cara Mudah Nak Elakkan Akaun FB Kena Hacked

FB kena hacked…?!!!

fb logo

Pernah tak korang kena benda ni… Tiba-tiba rakan Facebook korang bagitau yang korang post benda-benda lucah kat Timeline FB korang?

Ataupun korang yang nampak rakan-rakan korang yang post benda bukan-bukan macam tu dan korang yang bagitau kawan tu?

Biasanya benda ni jadi sebab ada malaun yang gatal-gatal pergi hacked akaun FB korang. Punca kenapa dia hacked dan kenapa dia pilih korang walhal korang bukan orang glamer pun tidak aku siasat. So, tak taulah puncanya. Mungkin sebab nak test power*, skill teknikal FB dia kot. Ataupun dia memang sakit jiwa dengan mempunyai hobi hacked akaun FB orang lain.

Apa-apa pon puncanya, eloklah kita berwaspada. Sebabnya benda ni boleh membawa keaiban kepada kita.

Cara untuk elakkan akaun fb daripada kena hacked

Ni cara-cara yang dimaksudkan. Cara ni dikongsikan di dalam salah group FB aku.

1. Pergi ke bahagian setting di akaun FB korang

cara-elakkan-fb-kena-hack-setting

2. Klik kat menu App

cara-elakkan-fb-kena-hack-app

3. Matikan fungsi app

cara-elakkan-fb-kena-hack-turn-off

4. Disable fungsi platform

cara-elakkan-fb-kena-hack-disable

Kelemahan

Cuma bila dah matikan fungsi platform ni, korang tak dapat lagi menikmati fungsi aplikasi pihak ke tiga seperti games dan lain-lain lagi. Itu adalah kelemahan bila mematikan fungsi platform ini.

Tapi ok jer sebenarnya. Maksud aku jika korang nak ada balik fungsi tu, hanya pergi ke bahagian setting macam tadi dan hidupkan kembali fungsi tersebut. Ok je kot. Kita bukannya banyak main games je kat FB ni. Kebanyakkannya baca status kawan-kawan dan sebagainya.

Komen Sohoque.com

Pada pandangan aku tak kesah la tak dapat main games pon. Sebab aku bukannya orang yang suka habiskan masa main games FB. FB aku kebanyakkannya aku gunakan sebagai alat untuk bersosial. Ia juga adalah kekuatan aku sebagai pengamal media sosial. Ia banyak membantu aku menampung sedikit sebanyak kelemahan yang ada pada blog aku.

Jadi berbanding dengan bahaya mendapat aib bila mana FB diceroboh, aku lebih rela tak dapat main games di FB. Macam-macam boleh jadi kalau orang hacked FB kita ni. Lebih parah kalau dia hacked dan masuk ke akaun kita, lepas tu dia ubah password kita.

Natijahnya kita sendiri pun tak boleh masuk ke akaun kita. Jika akaun FB yang di hacked itu FB syarikat, bayangkan berapa banyak aib yang terpaksa ditanggung oleh pihak yang di hacked.

27 comments

  1. Azura MZaki 4 February, 2016 at 22:07 Reply

    Tak dinafikan, banyak juga dapat invitation main game kt fb. kadang2 annoying jugak rasanya. Dah apply tips di atas. tapi yang disable platform tu kat mana ye? tak jumpa pula

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: